Kegagalan mencipta kemenangan ketika menentang Mongolia pada perlawanan persahabatan tempoh hari tidak memberi kesan kepada jurulatih negara iaitu Tan Cheng Ho untuk terus fokus dengan apa yang dirancang ketika berhadapan Lubnan dalam kelayakan Piala Asia di tempat lawan.
Walaupun semua maklum sebelum terbang ke Beirut, pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapi oleh Cheng Ho selepas perlawanan itu, dengan menggugurkan dua belas pemain Johor DT dan perletakan jawatan Tunku Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Kita juga tahu bagaimana kepercayaan yang begitu tinggi oleh pucuk pimpinan tertinggi FAM kepada Cheng Ho terutama bekas presiden FAM iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk melihat jurulatih tempatan itu berjaya meningkatkan tahap permainan dan menerapkan falsafah bola sepak moden dalam permainan skuad bola sepak negara dan seterusnya mengangkat kembali nama Malaysia diperingkat Asia terlebih dahulu. Ini dapat dibuktikan oleh Cheng Ho pada dua perlawanan antarabangsa yang dikendalikan olehnya.
Dengan permainan yang berbeza berbanding sebelum-sebelum ini dimana beliau berjaya meletakankan satu falsafah yang berbeza dalam permainan. Melalui pergerakan yang tersusun bermula dari bawah untuk memulakan gerakan seterusnya berperingkat-peringkat serta hantaran-hantaran pendek tepat dikaki dan ini menunjukan tahap keyakinan diri pemain amat tinggi.
Apa yang lebih menarik untuk penulis berkongsi kepada pencinta-pencinta bola sepak tanah air adalah tentang perwatakan yang ditonjolkan oleh Cheng Ho. Dengan penampilannya yang segak,tenang dan tegap. Ini mengambarkan Cheng Ho seorang yang tegas dan berani melakukan perubahan mengikut kepercayaan serta keyakinan apa yang difikirkan baik untuk pasukan.
Selain itu Cheng Ho juga mempunyai personaliti yang menarik dari penampilan dirinya. Ia memberi mesej kepada semua sebenarnya untuk mengendalikan sukan kegemaran ramai ini perlulah menjadi contoh kepada umum sekiranya inginkan berjaya dalam memburu kejayaan dengan amalan hidup sihat dan fikir positif.
Tahniah Tan Cheng Ho dan pasukan kejurulatihan serta pemain-pemain yang telah memberikan aksi yang terbaik ketika menentang Lubnan semalam walaupun tewas.
Kredit foto: FAMalaysiaOfficial