Skip to main content

Advertisement

Rencana

Tak sabar nak tengok ‘drawing board’ Nazri Nassir

derby-1.jpg
Kurang beberapa jam saingan Piala Airmarine membuka tirai, sensasi dan aura pertembungan jiran tetangga mula main peranan.

Aksi melibatkan Malaysia/Singapura tidak pernah gagal pancing perhatian pencinta bola sepak tanah air.

Walau ada segelintir penyokong pilih untuk tidak ke stadium atas alasan tersendiri penulis yakin mata mereka tetap melekat di kaca televisyen bermula jam 8 malam ini di mana Astro Arena ada menyiarkan perlawanan sensasi ini secara langsung di saluran 801/802 HD.

Ketika 2 pasukan kebangsaan negara melibatkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe dan Datuk Ong Kim Swee terpaksa berbahagi pemain untuk kepentingan kejohanan masing-masing, Singapura pula hanya miliki masa yang amat singkat untuk kumpul keseluruhan pemain mereka.

24 jam sebelum terbang ke Kuala Lumpur barulah skuad kendalian Nazri Nassir dapat dikumpulkan sepenuhnya.

Tetapi ada kelegaan disuarakan Nazri, melihat kepada kelibat 3 pemain Singapura Harris Harun, Safuwan Baharudin & Syakir Hamzah yang kini beraksi dalam liga Malaysia, selain kelibat Faris Ramli yang pernah mewarnai liga Malaysia musim lalu.

“ Itu kelebihan Singapura, pemain yang pernah beraksi dalam Liga Malaysia jadi rujukan kami & sudah pasti mereka kongsi setiap kelebihan dan kekurangan Malaysia kepada pasukan.”

Ternyata rahsia Malaysia di dalam poket Singapura ketika ini. Hal ini juga diakui jurulatih negara Tan Cheng Hoe sejak dari awal persediaan skuad negara lagi.

“ Mahu tidak mahu itulah hakikat, kekuatan mahupun kelemahan yang ada pada pemain negara, 4 pemain Singapura ini umpama serampang dua mata yang juga perlu kita awasi di atas padang.”

Tidak hairan walaupun dalam keadaan persediaan yang ‘tidak rapi’ Nazri masih mampu mencongak keperluan yang akan direncana di atas padang sepanjang 90 minit di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“ Dengan info yang dimiliki, saya sudah boleh lakar drawing board, di akhirnya Malaysia/Singapura akan berakhir dengan kelebihan nasib. Dari segi aksi, kedua pasukan tidak pernah kalah di antara satu sama lain di sebabkan aura yang dimiliki setiap kali melibatkan pertemuan epik ini.”

“ Dalam padang kami musuh tapi di luar padang kami adalah sahabat.” 

Kata Nazri sambil memandang Cheng Hoe yang dibalas dengan senyuman manis pengendali kelahiran Kedah itu

Advertisement

Must Watch Video