Itu antara yang diluahkan oleh ketua jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail yang agak tertekan memikirkan pasukannya selepas Kelantan berdepan tiga kekalahan berturut-turut di Kota Bharu. Namun, tangisannya tidak dapat disembunyikan apabila Kelantan meraih kemenangan 4-2 berdepan Perak pada Rabu lalu yang membuatkan jurulatih itu begitu terharu.
Saya pasti ramai lagi penyokong Kelantan yang masih terngiang-ngiang mengenang kemenangan tercipta di Stadium Ipoh, Perak tempoh hari selepas berdepan tiga kekalahan di laman sendiri.
Sehari sebelum perlawanan di Ipoh, saya sempat berborak dengan Zahasmi dan ternyata dia tidak menyembunyikan tekanan yang dihadapi apabila terpaksa berdepan dengan pelbagai tanggapan negatif yang melihat dia mungkin seorang jurulatih yang lemah.
Sudah beberapa malam dia tidak lena tidur memikirkan apa lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan Kelantan tidak terus dirundum dengan kekalahan. Risau juga saya dan terfikir apakah yang Zahasmi bakal lakukan jika anak buahnya tewas buat kali keempat.
Tetapi, semua itu sudah terbukti dengan kemenangan ketiga di tempat lawan apabila Kelantan membuktikan mereka masih lagi berbisa untuk mencapai kemenangan.
Percaturan Zahasmi kali ini menjadi apabila dia tidak teragak-agak untuk merehatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan menggunakan khidmat bekas penjaga gol Harimau Muda B, Ramadhan Abdul Hamid dan ia nyata tidak mengecewakan apabila dia mampu menyelamatkan gawang daripada dibolosi dengan beberapa rembatan berbahaya pemain Perak.
Zahasmi turut beri pujian aksi cemerlang yang ditampilkan oleh Ramadhan dan untuk perlawanan berdepan T-Team malam ini, kita mungkin akan melihat kelibat penjaga gol itu sekali lagi dalam usaha mengawal gawang gol daripada asakan pemain T-Team.
Apakah Kelantan mampu untuk mencipta kemenangan pertamanya di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini? Adakah badi kekalahan di laman sendiri mampu ditamatkan untuk Kelantan raih tiga mata? Pelbagai andaian dan tekaan gol yang diberi oleh penyokong baik daripada Kelantan atau T-Team sendiri.
Harus diingat, skuad T-Team juga tidak harus diperlekehkan dan dipandang enteng kerana sentuhan daripada pengendalinya, Rahmad Darmawan juga mampu untuk menundukkan lawan apabila mereka hanya berdepan dengan dua kekalahan sahaja setakat ini.
Semoga pasukan terbaik akan meraih kemenangan pada malam ini !