Skip to main content

Rencana

Tak kisah dipanggil makcik Shalin, asalkan menyinar

shalin-zulkifli-2.jpg
Pada usia 16 tahun, si adik Shalin Zulkifli menggondol pingat emas di Guam dan kini dengan umur 41 tahun, si makcik Shalin menang buat kali kedua dalam acara individu wanita dalam Kejohanan Tenpin Boling Asia di Kuwait. 

25 tahun lalu, Shalin mencuri tumpuan mengejutkan pemain boling senior peringkat antarabangsa apabila berada di podium dalam penampilan pertamanya. 

Siapa yang tidak kenal Shalin Zulkifli? 

Nama atlet ini cukup senang disebut oleh peminat sukan dan rakyat Malaysia kerana pencapaian luar biasanya dalam sukan bowling. 

'Living legend' yang kita pernah lihat di tin Milo, komersil televisyen, billboard, poster dan banyak lagi. 

Pada usia 41 tahun, Shalin yang mempunyai ciri kepimpinan tinggi mungkin tidak kisah dipanggil makcik oleh kanak-kanak yang menyanjung tinggi idola bowling mereka. 

Banyak kisah suka duka Olahragawati Kebangsaan 5 kali ini dalam 25 tahun sebelum mengulangi kejayaannya sekali lagi. 

Mengenali Shalin yang mempunyai karakter yang boleh dijadikan kamus untuk panduan atlet muda negara muncul juara, tekanan untuk wajib membuat strike di frame terakhir disempurnakan anak Selangor itu di Kuwait seperti seorang wirawati negara. 

Kerja keras, displin, komitmen, kekuatan mental, bersuara lantang dan lebih-lebih lagi sikap terbuka serta rendah diri antara kelebihan yang membolehkan Shalin -- isteri kepada bekas pemain boling negara, Azidi Ameran, dan ibu kepada Aleya Azidi -- masih terus mengegar dunia antarabangsa.

Malaysia harap Shalin akan catat kemenangan tahun demi tahun tetapi jangan terkejut jika 25 tahun lagi pada usia 66 tahun, si nenek Shalin akan terus cipta kejayaan besar dalam dunia boling. 

Advertisement

Must Watch Video