Senarai pelari negara dalam acara maraton lelaki Sukan Sea Kuala Lumpur cukup menarik.
Muhaizar Mohamad ialah seorang komando sementara Tan Huong Leong, jurutera elektrik berpangkalan di Taiwan.
Pada awalnya gabungan mereka tidak begitu gah kerana selepas 10 tahun, inilah kali pertama Malaysia menghantar pelari maraton ke Sukan Sea.
Namun, keadaan berubah selepas pelari Thailand, Boonthung Srisung menarik diri pada hujung perlumbaan kerana kekejangan otot.
"Saya mengekori rapat Huong Leong kerana saya tahu dia pelari hebat. Tapi, saya memiliki kekuatan fizikal kerana melalui pengalaman perit untuk bergelar askar komando.
"Saya pernah berlari sejauh 180km dengan menggalas beg 20kg dengan perjalanan lebih dua hari. Latihan itu mengajar saya untuk tidak berputus asa pada saat sukar.
"Itu yang saya rasai pada 1km terakhir sebelum dapat memintas Huong Leong untuk meraih pingat gangsa," kata Muhaizar.
Sebaik pelari kelahiran Gurun, Kedah ini melintasi garisan penamat, gemuruh sorakan seolah-olah dia menang pingat emas.
Realitinya, inilah pingat sulung acara maraton selepas 44 tahun dengan P Solaimuthu rangkul gangsa di Singapura 1973.
Malah, inilah kali pertama Malaysia menyertai maraton Sukan Sea selepas kali terakhir 10 tahun lalu menerusi Shaharudin Hashim.
"Saya harap kejayaan ini membuka mata Kesatuan Olahraga Malaysia untuk membentuk pelari maraton dengan lebih serius. Negara kita mempunyai ramai lagi bakat terpendam, mungkin mereka akan raih kejayaan lebih besar pada masa depan," katanya.
Seorang komando, yang memiliki semangat luar biasa.
Walaupunya hanya berlatih di padang bola sepak, Kem Terendak, Melaka namun akhirnya dia yang menamatkan kemarau 44 tahun acara maraton Sukan Sea.
Tahniah Muhaizar, komando Malaysia!