Kurang 30 hari sahaja lagi, akan berlangsungnya temasya kedua terbesar dunia, Sukan Asia Indonesia, bermula 18 Ogos hingga 2 September. Namun, belum apa-apa lagi, satu demi satu kontroversi sukan tempatan kian menampakkan hala tuju kontinjen Malaysia dalam temasya itu.
Bermula dengan permasalahan ketika sesi undian melibatkan skuad sepak takraw negara yang berhadapan masalah teknikal pendaftaran acara. Malaysia pada mulanya akan menyertai acara regu dan regu berpasukan, namun sesi undian pada 5 Julai lalu di Jakarta menyaksikan Malaysia akan beraksi dalam acara berpasangan berpasukan dan regu berpasukan.
Sejurus perkara itu, dikhabarkan akan ada sesi rayuan dan rundingan membabitkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sendiri yang memberi jaminan akan turut membantu berbincang dengan pihak Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC), namun tiada kata putus sehinggalah jadual acara sepak takraw dikeluarkan adalah muktamad.
Malah, Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail, sendiri mengumumkan akan menarik diri acara berpasangan berpasukan daripada memalukan diri untuk berhadapan dengan Thailand dan Myanmar dalam acara itu di peringkat kumpulan nanti.
Ini kerana, sejak awal tahun lalu, skuad sepak takraw negara sudah bertungkus-lumus mempersiapkan diri bagi acara antara regu dan mereka optimis untuk meraih emas bagi acara itu.
Untuk mengharapkan emas dalam acara regu berpasukan, harapan Malaysia kian pudar setelah diundi sekumpulan dengan juara bertahan, Thailand, dan pemenang pingat perak edisi lalu, Korea Selatan.
Malaysia perlu menang dengan Korea andai berhasrat ke peringkat separuh akhir.
Kemudian, lewat malam tadi, Malaysia menerima satu lagi tamparan apabila jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, bukan sahaja menarik diri daripada Kejohanan Badminton Dunia di Nanjing, China, 30 Julai depan, malah turut tidak akan menyertai Sukan Asia Indonesia.
Ketiadaan Chong Wei bermakna satu lagi prospek pingat emas sudah hilang dalam jangkauan sasaran kontinjen Malaysia.
Harus diingat, Sukan Asia merupakan salah satu kunci penanda aras prestasi bagi Program Podium. Program sukan paling mahal di Malaysia itu telah melabur jutaan ringgit bagi melihat negara mampu menduduki tangga ke-10 Sukan Asia.
Jika diukur berdasarkan Sukan Asia Incheon 2014, Qatar menghuni kedudukan tersebut dengan mengutip 10 emas.
Misi yang cukup sukar buat Malaysia bagi mencari apa lagi prospek sukan yang boleh terus menghadirkan emas selepas kita sudah boleh melupakan acara badminton perseorangan lelaki dan sepak takraw dalam jangkauan sasaran negara.