Skip to main content

Bola Sepak

Final MFL Challenge Cup: Saya mahu lihat Stadium Likas penuh! -- Gabriel Peres

ff

'Saya mahu Stadium Likas penuh!'

Itu seruan pertahanan import Sabah, Gabriel Peres, selepas membantu pasukannya mengikat Penang di pentas akhir pertama MFL Challenge Cup 2025/26, hasil sepakan penaltinya di minit akhir perlawanan.

Advertisement

Dia merasai sendiri detik ketika Stadium Bandaraya yang penuh dengan penyokong Harimau Kumbang, Peres juga mengharapkan situasi yang sama dapat dilakukan penyokong Sabah di Stadium Likas pada 19 April nanti.

 

 

 

Dengan memenuhi setiap sudut laman keramat Sang Badak, sekali gus sama-sama berjuang untuk merebut gelaran juara serta trofi pertama sejak Piala FA pada 1995.

"Saya dalam keadaan baik dan berasa gembira, ada satu lagi aksi di Likas. Buat masa ini saya perlu berehat kerana sudah lama tidak berakda 90 minit penuh.

"Saya mahu Stadium Likas dipenuh penyokong Sabah dalam satu lagi aksi final, saya mahu penuh!" katanya.

Must Watch Video