Skip to main content

Advertisement

Rencana

Strategi JDT menjadi

shot19057_d18_768x432.jpg
Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi kelab pertama dari Malaysia menyertai Liga Juara-juara Asia (ACL) merupakan satu sejarah kepada bola sepak Malaysia. Penyertaan itu sudah pasti akan memartabatkan bola sepak negara dan mengharumkan nama Malaysia khususnya.

Ini dibuktikan sekali lagi oleh pemain-pemain JDT apabila mereka berjaya memberi saingan dalam perlawanan pertama Kumpulan E mereka ketika bertemu juara bertahan, Kashima Antlers, di laman lawan. Walaupun tewas tetapi pemain-pemain JDT tidak menunjukkan rasa hormat kepada lawan sebaliknya dapat memberi tentangan.

Dalam sepuluh minit pertama, walaupun agak lewat tetapi pemain JDT dapat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca yang sejuk (9 darjah selsius), namun selepas itu mereka sudah berjaya mengawal keadaan dan menunjukkan aksi yang meyakinkan sepanjang perlawanan walaupun pihak lawan berjaya mendahului dengan dua jaringan melalui Taiki Hirato dan Serginho.

Namun, apa yang penulis ingin nyatakan di sini, kalau diperhatikan JDT mempunyai strategi mereka sendiri dalam menyusun kesebelasan utama dan pemain-pemain simpanannya. Ramai pemain-pemain muda JDT diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas penting seperti Afiq Fazail, Safawi Rasid, Adam Nor Adlin dan Syafiq Ahmad dalam kesebelasan utama sementara Akhyar Rashid serta Nadzmi Faiz Mansor sebagai pemain gantian.

Strategi ini sudah pasti akan memberi keuntungan di masa hadapan kepada JDT dan Malaysia khususnya dengan pendedahan dan pengalaman diterima itu akan dikongsi serta digunakan sebaik mungkin untuk kemajuan diri mereka sendiri serta skuad negara nanti. 

Ini perancangan yang tersusun dan bijak ditampilkan JDT walaupun mungkin ramai yang tidak perasan dengan keadaan itu. Ia telah dibuktikan di mana pemain muda JDT itu berjaya memberi saingan kepada Kashima Antlers walaupun tewas 2-1. 

Ini yang penulis harapkan dari semua jurulatih dan pengurusan pasukan perlu yakin dengan kemampuan pemain-pemain muda yang berpontensi tinggi untuk diketengahkan kerana ia akan memberi keuntungan kepada bola sepak Malaysia.

Kredit foto: Fox Sports Asia

Advertisement

Must Watch Video