Skip to main content

Rencana

Stadium Hoki Nasional berpotensi rosak akibat konsert tempatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

konsert.jpg
Biarpun julung-julung kalinya Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil menjadi venue sebuah konsert, ia sudah pun mendapat pengiktirafan Malaysia Books of Records.

Showcase Jiwa Kacau 2024 yang dianjurkan MND Sport & Event Sdn Bhd berlangsung dua hari lalu dan mencipta sejarah yang tersendiri apabila berjaya menghimpunkan sekitar 15,000 peminat tempatan, sekali gus sejarah ini akan tersemat dalam catatan sejarah negara.

Namun, segelintir netizen berpandangan bahawa penganjuran hiburan itu boleh merosakkan rumput tiruan dan akan melemahkan beberapa sistem kemudahan di rumah keramat The Speedy Tigers itu.
 
Olimpian hoki negara, Maninderjit Singh, sempat menyuarakan kegusarannya berhubung senario di Stadium Hoki Nasional ini kerana menganggap langkah penganjuran konsert boleh menjejaskan padang itu sendiri dan memerlukan kos besar untuk memulihkannya.

Advertisement

Must Watch Video