Skip to main content

Rencana

Srikandi UiTM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

030516uitm.jpg
Cuba ambil masa sejenak berfikir, bilakah kali terakhir anda menyaksikan sekumpulan wanita dalam lingkungan 30 hingga 40 orang bersorak untuk sesebuah pasukan bola sepak di dalam stadium? jarang bukan?

Dan jika ia berlaku, sangat mengujakan bukan? 

Itu yang saya dapat saksikan ketika pertemuan UiTM FC menentang pasukan PKNS FC pada 22 April lalu. Ini bukanlah kali pertama saya membuat liputan pasukan UiTM FC beraksi dalam liga perdana musim ini di Stadium UiTM Shah Alam, namun menyaksikan sekumpulan penyokong Ultras Wanita UiTM di barisan penonton bersorak tanpa henti terhadap pasukan mereka, itu sesuatu yang menarik perhatian.

"Itu yang membezakan Ultras luar dan IPT, kalau di luar di dominasi oleh kaum lelaki, di universiti, siswa memang banyak bagi komitmen dan sambutannya adalah amat mengalakkan " itu ujar Ahmad Hasif Mahad, ketua Ultras UiTM

Menurut Hasif, Ultras UiTM ataupun turut dikenali sebagai "Lionstroop" mengumpulkan dan menyebarkan maklumat perlawanan melibatkan UiTM menerusi aplikasi whatsapp dan kebanyakkan yang hadir memberikan sokongan adalah terdiri daripada golongan siswi.

"Ia seakan satu identiti buat kami" 

Salah seorang ahli Ultras "Wanita" UiTM, Atiekah Azahari, dari fakulti sains gunaan berkata, walaupun dia berasal dari Selangor, dia lebih cenderung untuk menyokong pasukan universitinya. 

" Tak kisah la sesiapa pun, lelaki atau wanita yang datang menyokong, yang penting sokongan kami adalah terhadap pasukan kami, UiTM di Hatiku, dan sebenarnya ramai wanita yang meminati sukan bola sepak" 

Selain hadir untuk memberikan sokongan buat pasukan UiTM FC, kumpulan Ultras UiTM ini juga akan turut hadir memeriahkan suasana jika terdapat festival sukan di dalam kampus, seperti Sukan Fakulti, Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan lain-lain keraian yang melibatkan UiTM.

Dalam pertemuan tersebut, anak buah Raja Isa Raja Akram tewas 3-0 kepada pasukan PKNS FC.

Namun penonton dan penyokong pasukan lain yang melihat gelagat mereka bersorak, kami terhibur, kerana bukanlah selalu dapat melihat suasana sebegini di stadium, kan?

Nota kaki : Imbauan kenangan saya ketika zaman belajar melihat pasukan UiTM beraksi dari luar pagar stadium sebab tak cukup duit beli tiket!
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video