Sudah beberapa minggu berlalu namun auranya masih terasa lebih-lebih lagi mereka viral di media sosial. Kumpulan tarian terkenal dari Uganda — Ghetto Kids, telah mencipta sejarah selepas dipilih untuk membuat persembahan di halftime show Piala Dunia FIFA 2026 bersama penyanyi tersohor, Shakira.
Dalam persembahan mereka mendengdangkan lagu Dai Dai, bersama Burna Boy, banyak elemen penarik yang boleh diperkatakan. Semangat luar biasa, senyuman yang sentiasa menghiasi wajah serta gerak tari yang kemas dan penuh tenaga menjadi identiti utama Ghetto Kids.
Que emotivo este momento cuando Shakira baja del escenario al finalizar su show en Nueva York y se reúne con los Ghetto Kids, ella les promete que seguirá en contacto con ellos cuando estén en Uganda, y les dice que probablemente los verá en su residencia en Madrid ❤️🩹 pic.twitter.com/Sc1WnhD2or
— mateo🫧 (@itssmateo) July 24, 2026
Tambahan lagi dengan suntikan kostum dan pemilihan warna menarik yang pastinya menghidupkan lagi pentas besar itu. Jadi tidak hairanlah, dalam ramai-ramai yang menyertai online casting itu, mereka yang dipilih Shakira diterbangkan khas ke venue final untuk bersama menjayakan persembahan tersebut.
Kumpulan yang berpangkalan di Kampala itu dianggotai kanak-kanak daripada latar belakang kurang bernasib baik dan telah mencuri perhatian dunia menerusi video tarian penuh bertenaga di media sosial. Mereka menganggap jemputan tersebut sebagai impian yang menjadi kenyataan selepas sekian lama mengagumi Shakira.