Cerita mengenai perpindahan pemain bintang ke kelab utama Eropah terus jadi bualan hangat media antarabangsa antaranya bintang Chelsea, Eden Hazard ke Real Madrid, Edinson Cavani ke Chelsea dan Gonzalo Higuain juga dikaitkan dengan Chelsea, tapi biasalah, bulan Januari semua nak buat pembelian panik.
Saya nak sentuh mengenai Juara Liga Perdana Inggeris 2016/2017 dulu iaitu Chelsea yang dikatakan tak puashati dengan penyerang antarabangsa Sepanyol, Alvaro Morata. Yang kurang pada bintang Sepanyol ini adalah keyakinan diri dengan kemampuan sendiri . Dah la tak berapa mantap, rakan penyerang seorang lagi Olivier Giroud pulak asyik cedera, manalah Maurizio Sarri tak tekan butang panik.
Bukan setakat itu saja, pemain Chelsea paling hebat dalam padang iaitu Eden Hazard pulak dikhabarkan bakal berpindah ke Real Madrid dengan nilai perpindahan mencecah 100 juta pound. Biar betul nak jual?
Hazard ni ada baki kontrak 6 bulan saja lagi dengan Chelsea, jadi kalau Madrid buat bidaan, mesti la dia tak tolak. Pemain mana yang tak nak main kat Bernabeau? Ibaratnya macam player Malaysia lah, sapa yang tak nak main kat JDT kan? Hahaha…saja cuit sikit.
Berbalik kepada Chelsea, nak jual Hazard tapi nak bawa masuk Edinson Cavani dengan Gonzalo Higuain dari PSG dan Milan. Memang meletop la jentera serangan The Blues lepas ni. Silap-silap boleh rampas satu piala musim ni.
Cerita pasal kelab London kan, kat Emirates pulak, kecoh dah pasal pemain tengah Arsenal yang asal dari Wales tu, siapa lagi kalau bukan Aaron Ramsey. Dengar cerita, Juventus dah sah beli dia dengan kontrak 5 tahun. Gaji dia 7 juta pound setahun. Makin parah la The Gunners ni. Nampak macam boleh berada di kelompok 4 terbaik tapi lepas jual Ramsey mungkin Man.United pulak yang rampas kedudukan tu. Hehehe….
Bukan apa, sejak Ole Gunnar Solskjaer ambil alih, bukan main meletop United. 6 kali menang berturut-turut! Lawan Spurs kelmarin, berpeluh jugak lah tengok tapi nasib baik la ada Davide De Gea, 11 kali selamatkan percubaan yang hampir pasti gol khususnya di separuh masa kedua.
Saya ulas sikit, United ni memang kena beli pemain pertahanan dan saya baca kat media Inggeris, Man United dikatakan berminat nak beli pertahanan tengah Napoli, Kalidou Koulibaly tu. Media Itali letak ini antara pemain pertahanan terbaik kat Serie A tu. Kalau ada duit, boleh la beli, harga boleh tahan jugak 100 Juta pound.
Oklah, sebelum saya tutup bicara perpindahan pemain, saya tengah memikirkan pengakhiran EPL pasukan mana akan muncul juara?Liverpool sedang dikejar City.Silap silap Spurs Juara.