Marcus Rashford, jika hendak dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo, memang bagaikan langit dengan bumi.
Ronaldo telah mengecap kejuaraan di tiga negara berbeza selain lima gelaran Ballon d'Or.
Rashford pula masih terkapai-kapai mencari kejuaraan liga pertamanya di England.
Namun, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, tidak malu-malu untuk menegakkan yang sebaliknya.
Dalam penentuan ke suku akhir Piala EFL hujung Oktober lalu, Rashford muncul wira kemenangan 2-1 United ke atas Chelsea dengan sepakan percumanya yang dikatakan Solskjaer persis teknik yang sering dilakukan bekas bintang United itu.
"Sama macam Ronaldo bukan?" katanya kepada MUTV.
"Pemain itu (Rashford) seorang yang kental, mengambil sepakan penalti dan tiada masalah.
"Mengambil langkah dan melepaskan rembatan untuk menjaringkan gol kemenangan United, ia menakjubkan."
Dan awal pagi semalam, Rashford melompat tinggi untuk menanduk masuk gol ketiga United ketika menewaskan Newcastle United 4-1 di Old Trafford, genap seminggu selepas Ronaldo mencetuskan sensasi dengan lompatan setinggi 2.6 meter yang disudahkan dengan tandukan ke gawang lawan untuk memberikan Juventus kemenangan 2-1 ke atas Sampdoria dalam Serie A.
Dan Solskjaer sekali lagi membandingkan kedua-dua penyerang berkenaan.
"Fizikalnya adalah satu spesimen," katanya dalam sidang media seperti yang dipetik Manchester Evening News.
"Dia sentiasa berkeyakinan dan berusaha keras memperkuatkan kekuatan fizikalnya di gimnasium.
"Apabila anda memiliki lompatan seperti itu, ia tentang keberanian untuk melakukannya.
"Saya masih ingat bagaimana seorang pemain yang pernah bermain bersama saya menggunakan kepalanya dengan baik dan jaringannya (Rashford) hampir sama seperti itu dan kami kerap membandingkannya.
"Jadi, ia akan membantu perkembangan Rashford kerana Cristiano juga sepertinya pada usianya," katanya.
Mungkin itu satu pendekatan Solskjaer untuk meningkatkan keyakinan Rashford kerana menyedari penyerangnya itu amat mengidolakan Ronaldo.
Dan dia juga mempunyai keyakinan bahawa bintang mudanya itu mampu mengorak langkah sama seperti idolanya itu, termasuk seorang lagi legenda United, Wayne Rooney.
"Sudah pasti dia (Rashford) boleh menjadi pemain berkelas dunia.
"Semakin banyak jaringan anda, lebih tinggi keyakinan anda apabila diletakkan di posisi yang sama.
"Cara dia bekerja keras sepanjang minggu adalah mengagumkan kerana dia banyak melakukan latihan.
"Dia adalah pemain Manchester sejati. Anda tidak boleh menyekat dan menjatuhkannya. Dia akan berjuang untuk dirinya dan rakan sepasukannya.
"Dia baru berusia 21 tahun tetapi kematangan yang ditunjukkannya ketika ini menjangkaui usianya.
"Jika anda melihat kepada statistik, saya diberitahu bahawa dia lebih muda daripada Ronaldo dan Rooney untuk mencapai 150 penampilan bersama Manchester United," katanya lagi.
Tidak dinafikan, Rashford memiliki potensi untuk mengikut jejak Ronaldo mahupun Rooney.
Dengan usaha yang dilakukannya -- setidak-tidaknya seperti yang diperkatakan Solskjaer -- dia mungkin mampu menjadi pemain terbaik dunia seandainya mengekalkan sikap sama bagi tahun-tahun mendatang.
Benar, mungkin terlalu jauh untuk Rashford dibanding-bandingkan dengan Ronaldo tetapi dengan pemain yang dimiliki Solskjaer, hanya itulah pilihan terbaik yang dimilikinya.
Jadi, apa salahnya jika dia memberikan pujian menggunung buat taruhan utamanya itu.
Siapa tahu, mungkin dengan keyakinan yang dimiliki Rashford selepas ini, dia mampu memacu United ke arah kegemilangan seperti suatu ketika dulu.