Persiapan skuad bawah 23 tahun negara untuk menghadapi peringkat akhir Kejohanan AFC B-23 di China, Januari depan, nampak begitu ceria dan harmoni. Ini dapat dilihat daripada apa yang dinyatakan oleh pengendali skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee.
Walaupun tidak dapat melakukan persiapan di negara Arab, ia tidak membimbangkan pengendalinya kerana ketika ini persiapan meningkatkan tahap kecergasan dan psikologi pemain dapat dilakukan dengan baik walaupun baharu seminggu pemain-pemain dihimpunkan.
Apa yang pasti, pemain-pemain muda negara tidak bimbang dan tertekan walaupun akan berhadapan pasukan-pasukan yang boleh dikatakan kuat dalam Kumpulan C nanti, iaitu Arab Saudi, Jordan dan Iraq.
Pemain-pemain skuad muda negara ini perlu menggunakan sebaik mungkin pengalaman yang akan mereka lalui dalam kejohanan itu.
Mereka perlu menyiapkan diri daripada segi psikologi selain daripada keyakinan tinggi dalam aspek kemahiran teknikal kerana pemain-pemain negara Arab itu mempunyai kelebihan itu selain daripada kekuatan fizikal.
Pada masa ini, setiap pemain perlu bijak dalam mempersiapkan diri, terutama dalam menjalankan analisis pemain-pemain yang akan mereka hadapi, khususnya mencari kekuatan dan kelemahan setiap pemain ketiga-tiga negara lawan itu.
Namun, mereka tidak perlu memikirkan keputusan-keputusan dan saingan yang akan mereka hadapi di China nanti kerana dengan terlalu banyak berfikir akan mendatangkan tekanan kepada mereka.
Sama-sama kita doakan kejayaan skuad bawah 23 negara dalam temasya itu nanti.
Kepada pemain-pemain, gunakan kejohanan ini untuk mengharumkan kembali nama negara walaupun pada ketika ini skuad senior sedang bergelut dengan prestasi.