RENCANA

Skuad England cukup bertenaga

Stadium Astro
Burn Thevandran
05/06/2018
03:18 MYT
Sponsor Banner
Skuad England cukup bertenaga
The Three Lions mempamerkan aksi baik sewaktu perlawanan pemanas badan berdepan Nigeria di Stadium Wembley. Gareth Southgate dilihat begitu menggemari kudrat tenaga muda apabila hanya dua pemain senior, iaitu Ashley Young dan Gary Cahill, berada dalam kesebelasan utama.
Dalam perlawanan itu, skuad muda England mendominasi perlawanan sejak wisel sepak mula ditiupkan dan dua jaringan yang terhasil dalam babak pertama ternyata memberi gambaran jelas akan kemampuan skuad England kali ini.
Cuma apabila memasuki separuh masa kedua, skuad England dilihat sedikit leka dan mereka dihukum dengan gol pemain Nigeria, Alex Iwobi, untuk perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.
Secara keseluruhan, penulis berasakan kehadiran ramai pemain muda dalam skuad England banyak memberi kesegaran dan variasi baru di atas padang. Jika dulu kita lihat skuad ini seperti ada kekurangan sesuatu biarpun dilimpahi ramai pemain bintang, kini mereka kelihatan begitu berbeza sekali.
Lima pemain gantian yang dimasukkan dalam separuh masa kedua, iaitu Ruben Loftus-Cheek, Danny Rose, Danny Welbeck, Marcus Rashford dan Fabian Delph, juga merupakan pemain muda yang secara tidak langsung memperlihatkan prestasi bertenaga sewaktu berdepan Nigeria.
Selepas ini, England akan berdepan Costa Rica sebagai persiapan terakhir sebelum memulakan aksi Piala Dunia pada 18 Jun ini. Skuad The Three Lions berada dalam Kumpulan G bersama Belgium, Panama dan Tunisia dan di atas kertas, England dilihat tidak mempunyai masalah untuk layak ke pusingan kalah mati.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video