Selesai sudah kempen Piala Dunia 2018 di Russia yang menyaksikan Perancis meraih gelaran buat kali kedua, tumpuan kini kembali terarah kepada kelab yang bakal beraksi dalam liga utama di rantau Eropah.
Pelbagai perlawanan pra-musim telah diatur, khususnya di luar negara dalam usaha memastikan pemain-pemain berada di tahap terbaik sebelum bermulanya satu lagi musim yang cukup mencabar.
Antara yang sibuk membuat persiapan sudah pasti kelab Inggeris, Manchester United, yang sekali lagi menjadikan Amerika Syarikat sebagai lokasi buat mereka untuk saingan pra-musim menerusi pembabitan dalam pertandingan Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC).
Seperti kebiasaan tumpuan utama peminat mahupun media adalah kepada bagaimana prestasi pemain-pemain ini selepas mengharungi tempoh rehat musim panas dan persiapan mereka untuk hadapi musim baru.
Begitupun, pengurus United, Jose Mourinho, lebih mencuri tumpuan dengan beberapa komen serta tindakan yang seolah-olah menggambarkan rasa kurang senang terhadap persiapan skuad kendaliannya.
Ramai juga beranggapan ini sindrom "musim ketiga" Mourinho bersama pasukan yang dikendalikannya kerana dia pernah mengalami situasi yang sama ketika di Chelsea dan juga Real Madrid.
Belum lagi musim baru Liga Perdana Inggeris membuka tirai, Mourinho telah memberikan beberapa jawapan yang dianggap "pelik" ketika sesi temuramah bersama media di samping mengkritik pengurusan United kerana gagal mendapatkan pemain yang dimahukannya selain komen pedas terhadap persembahan pemain muda kelab berkenaan.
Malah, situasi membabitkan pemain antarabangsa Perancis, Anthony Martial, juga menambahkan lagi kemelut yang dilihat menjejaskan suasana keseluruhan persiapan United dengan dilaporkan ada beberapa pemain mula menyuarakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku ketika ini.
Tidak dinafikan Mourinho sentiasa akan menjadi tumpuan disebabkan oleh perwatakan dan juga ulasannya yang kadang kala mengundang kontroversi tetapi penulis percaya United tetap antara pasukan yang dapat mencabar gelaran utama bagi musim 2018/2019.