Kekalahan 1-3 kepada Jepun meranapkan hasrat skuad hoki wanita negara untuk mara ke separuh akhir Sukan Asia 2018.
Ia menyaksikan skuad The Malaysian Tigress gagal mencapai objektif memenangi pingat gangsa seperti disasarkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Walaupun gagal tetapi skuad wanita harus berbangga dengan prestasi yang ditonjolkan kerana tuah tidak memihak kepada mereka dalam kejohanan kali ini.
Skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu bermain dalam tekanan tinggi kerana sedar perlu menewaskan Jepun yang sudah pun mengesahkan slot ke separuh akhir sebelum perlawanan semalam.
Ia gara-gara kemenangan besar satu lagi gergasi Asia, China, yang mempunyai kelebihan besar daripada segi perbezaan jumlah jaringan gol selepas membelasah Hong Kong 14-0.
Barisan pemain sudah memberikan aksi terbaik dan berjuang bermati-matian hingga menyaksikan tonggak utama, Fatin Shafika Mohd Sukri, terpaksa dikejarkan ke hospital dan menerima 12 jahitan kerana mengalami pendarahan pada bahagian mulut.
The Malaysian Tigress cuba bangkit dalam perlawanan itu dengan merapatkan jurang kepada 2-1, sebelum Jepun menggunakan kelebihan pukulan sudut penalti untuk memenangi perlawanan itu dengan 3-1.
Skuad wanita selepas ini akan bermain dalam penentuan tempat kelima dan keenam menentang Thailand.
Pemain-pemain perlu bangkit melepaskan geram mereka terhadap kegagalan ke separuh akhir dengan menamatkan Sukan Asia 2018 pada tempat kelima.
Kedudukan tempat kelima setidak-tidaknya menyamai pencapaian mereka dalam edisi empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan.
Malah, jurang antara The Malaysian Tigress, ranking nombor 22 dunia dengan China (nombor 11 dunia) dan Jepun (nombor 14 dunia) semakin kecil.
Walaupun tewas kepada Jepun tetapi skuad negara pernah mencatatkan kemenangan ke atas lawan sama pada tahun ini selain berjaya mengikat China 2-2 pada Sukan Asia 2018.
Perbezaannya, cuma dua negara ini lebih 'lengkap' daripada setiap sudut, terutama peluang bermain dalam setiap edisi Piala Dunia dan Sukan Olimpik berbanding Malaysian Tigress tidak pernah lagi beraksi di dua kejohanan itu.
Pengalaman dan pendedahan membezakan skuad negara dengan mereka tetapi peningkatan prestasi dipamerkan sekarang sudah membuktikan Malaysian Tigress mampu mengorak langkah jauh selepas ini.