2019 bakal menjadi tahun paling getir buat skuad hoki negara kerana berdepan misi melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.
Kini, ketua jurulatih Malaysian Tigers, Roelant Oltmans dan barisan kejurulatihan tiada alasan kerana mereka mempunyai banyak masa untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik.
Ia bermula dengan memastikan skuad negara muncul dua pasukan terbaik dalam Final Siri Hoki Dunia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, dari 23 April hingga 5 Mei ini walaupun akan berhadapan lawan-lawan mencabar pada kejohanan tersebut.
Dua slot automatik itu akan membolehkan skuad negara bermain pusingan kelayakan terakhir Sukan Olimpik menentang salah satu daripada 12 pasukan terbaik dunia dengan format perlawanan timbal balik.
Kedudukan ranking dunia ketika ini iaitu nombor ke-13 dunia juga dilihat mampu membantu skuad negara ke pusingan kelayakan terakhir nanti.
Walaupun perjalanan ini sangat mencabar tetapi tiada cara lain selain layak ke Sukan Olimpik 2020 kerana kali terakhir Malaysia bermain pada pentas berprestij dunia itu ialah 20 tahun lalu sewaktu edisi 2000 di Sydney, Australia.
Lupakan kegagalan meraih pingat emas Sukan Asia 2018 di Indonesia serta pulang awal daripada Piala Dunia 2018 baru-baru ini.
Jadikan setiap kegagalan itu sebagai pengalaman dan pengajaran terbaik untuk digunakan dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik selepas ini.
Mungkin sebelum ini Oltmans tidak mempunyai masa untuk membentuk skuad paling mantap tetapi kini beliau berpeluang melakukannya dengan menilai serta memantau pemain-pemain berkebolehan dalam saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) yang akan bermula 11 Januari ini.
MHL 2019 juga mampu menjadi medan untuk memilih ramuan pemain-pemain terbaik menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik nanti.
Saya melihat seperti ada sinar buat skuad negara untuk tahun baharu 2019 dengan kejayaan pasukan bawah 18 tahun mencipta sejarah menjuarai pingat emas acara hoki lima sebelah pada Sukan Olimpik Remaja (YOG) 2018 di Buenos Aires, Argentina.
Saya percaya Oltmans mempunyai cara untuk membentuk acuan terbaik dengan menggabungkan tonggak berpengalaman, pemain senior dan ‘darah muda’ dalam usaha membesarkan kumpulan pemain bagi memantapkan skuad kebangsaan pada tahun 2019.
Cabaran buat barisan kejurulatihan sebenarnya adalah bagaimana program teliti dapat dirangka memandangkan pemain-pemain ketika ini sibuk bersama tugasan kelab masing-masing sehingga Mac depan bagi memastikan tahap kecergasan fizikal mereka berada pada paras sama atau meningkat ke satu tahap lebih bagus.
Ayuh, laksanakan misi layak ke Sukan Olimpik 2020!