Bukan sahaja tewas kepada tuan rumah tetapi Vietnam juga merakamkan kemenangan ke atas skuad silat negara.
Sasaran tiga pingat emas Sukan Asia berkecai tatkala pasukan silat akan kembali ke Malaysia dengan keputusan yang masih boleh dibanggakan dengan empat perak dan empat gangsa.
Manakala tuan rumah menjadikan gelanggang silat sebagai lubuk emas mereka dengan memungut 14 daripada 16 emas yang ditawarkan.
Drama yang paling mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia sudah pasti terhadap juara dunia tiga kali, Mohd Al Jufferi Jamari, yang menarik diri beberapa saat sebelum perlawanan final ditamatkan.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu berdepan Komang Harik Adi Putra dalam kategori kelas E 65k-70kg berpendapat berlakunya ketidakadilan dalam pemberian mata, terutama juri dari Laos dan Korea Selatan yang jelas berat sebelah.
Terkejut tewas 1-4 kepada musuh tradisi dari Indonesia, Al Jufferi meninggalkan gelanggang dengan perasaan berang dan kemudian melepaskan kemarahan di dalam bilik persalinan sehingga menyebabkan dinding bilik pecah, selain berlaku beberapa kerosakan lain.
Sehingga insiden Al Jufferi menangis dan meminta maaf kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menjadi berita sensasi di media sosial.
Ramai yang berpendapat satu kelakuan yang tidak wajar dan tidak profesional daripada seorang atlet berpengalaman dan merupakan idola atlet muda.
Secara tidak langsung, komuniti sukan tahu acara sukan yang melibatkan pemberian mata secara subjektif selalunya berpihak kepada tuan rumah.
Tiga final seterusnya juga menyaksikan Malaysia tumbang sambil dua daripadanya kalah kepada pencabar Vietnam.
Jadi, tiada alasan untuk menuduh Indonesia merompak emas Malaysia.
Mohd Khaizul Yaacob hilang fokus manakala juara dunia 2010, Mohd Fauzi Khalid, dijatuhkan oleh Tran Dinh Nam tiga kali.
Peluang keemasan untuk menambah emas buat Malaysia menerusi silat yang dipertandingkan dalam Sukan Asia buat kali pertama lebur.
Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) turut mengakui skuad negara gagal mencapai sasaran tiga emas.
Nampaknya, perubahan dan rombakan pasti berlaku dalam perancangan selepas Sukan Asia ini.