Suasana gamat di Padepokan Pencak Silat, Jakarta apabila juara dunia Mohd Al Jufferi Jamari menarik diri dari pertandingan akhir pencak silat kategori Putera E bawah 70 kilogram.
Penarikan diri Jufferi itu berlaku pada saat akhir berbaki tiga saat sebelum perlawanan tamat ekoran kualiti pengadilan yang berat sebelah memihak kepada pesilat tuan rumah, Komang Harik Adi Putra.
Sebagai seorang yang berada di belakang tabir, saya menyaksikan sendiri apa yang berlaku. Provokasi penyokong, dah jadi isu biasa di negara kepulauan jawa ini. Mereka menyangkakan Jufferi menarik diri kerana tidak dapat menerima kekalahan.
Malah media mereka juga turut memperlekehkan kontinjen Malaysia. Tidak kurangnya ada yang melaporkan Jufferi merosakkan kemudahan di tempat persalinan kerana tidak dapat menerima kekalahan.
Dalam era tanpa sepadan ini, video kekecohan yang berlaku di tempat persalinan atlit dengan pantas ditularkan. Para netizen yang tiada di tempat kejadian pula tidak henti-henti berbalah hingga tercetus 'perang siber' antara dua negara.
Namun, apabila wartawan nadi arena, Bazly Azmi, menebual anak kelahiran Pahang ini, saya juga ada di situ. Jawapan yang diberikan memang cukup 'jantan' dan terpuji. Kata Jufferi, dia tidak menyalahkan lawannya kerana atlet jarang melakukan kesilapan. Tetapi, kemarahannya adalah berpunca dari sikap wasit yang mengadilinya.
Ini jelas menunjukkan tindakan Jufferi itu bukanlah ditujukan kepada Komang, dan sebelum menarik diri, Jufferi dengan cara terhormat mendekati Komang untuk bersalaman. Ketidakpuasan hatinya juga bukanlah menjadi mercu tanda perbalahan peminat sukan nusantara ini.
Akan tetapi, dek kerana ada sikap segelintir netizen yang lebih sudu dari kuah, hubungan antara dua negara, Malaysia dan Indonesia boleh terjejas.
Disebalik kekecohan itu, saya disapa oleh seorang lelaki warga tempatan. Katanya, "kita damai ya pak! ini kan cuma pertandingan". Tanpa membalas sebarang kata, saya cuma anggukkan kepala sebagai tanda setuju.
Bagi saya, benar apa yang dikata oleh lelaki itu. Yang bertanding pun tidak berbalah, kenapa kita yang diluar gelanggang sibuk nak bertelagah.
Apa yang dibimbangi Jufferi, sekiranya pengadil yang tidak profesional masih dipilih untuk menjadi juri, sukan silat untuk edisi sukan asia yang akan datang di China tidak akan dipertandingkan dan sangat merugikan sekiranya ia terjadi maka seni mempertahankan diri ini akan tenggelam.