Skip to main content

Rencana

Sikap Sang Juara

boling-padang.jpg
Boling padang wajar diberi pujian.

Walaupun gagal capai sasaran lima pingat emas, tetapi atas pelbagai masalah sama ada padang tidak rata, perubahan waktu acara atau tiupan angin kencang - mereka tetap positif.

Saya melihat apa yang berlaku dalam pasukan negara - banyak perkara positif.

Pemain senior seperti Fairul Izwan Abd Muin akan membimbing pemain muda, pendatang baru seperti Mohamad Idham Amin Ramlan cukup menghormati mereka yang berpengalaman sementara rakan sepasukan lain akan menyokong perjuangan di atas padang.

Ketika trio sepasukan wanita seperti Auni Fathiah Kamis sedang bergelut menentang Brunei pada penentuan gangsa, satu pasukan berkumpul di tepi padang untuk beri sokongan.

Saya bertanya kepada Ketua Jurulatih, Zuraidi Puteh: “Kenapa macam final coach?”.

“Dalam pasukan ini, semua mesti bawa balik pingat. Trio ini ialah yang terakhir dan sudah menjadi tanggungjawab kami untuk pastikan mereka tidak tercicir,” katanya.

Malaysia akhirnya menang dengan keputusan 17-15.

Pemain berlari ke dalam padang seperti meraikan pingat emas.

Auni kemudian menangis kegembiraan.

“Pasukan ini seperti keluarga saya,” katanya sambil mengesat air mata.

Mereka kemudian menyanyi dan bergembira, melepaskan tekanan dan pengorbanan sejak tahun lalu.

Mereka bersalaman dan saling mengucapkan tahniah hingga dapat pujian Chef de Mission, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.

“Semangat mereka akan jadi contoh kepada atlit lain yang masih berjuang buru sasaran 70 emas,” katanya.

Terima kasih skuad boling padang.

Anda mendedahkan sisi baik atlit negara yang dipandang tinggi pencabar negara lain.

Malaysia juara keseluruhan boling padang Sukan SEA Filipina dengan empat emas dua gangsa.

Pulanglah ke tanah air dengan rasa bangga. Tahniah!

Advertisement

Must Watch Video