Perang psikologi oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang enggan mededahkan nama pemain yang akan wakili Malaysia ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menimbulkan seribu satu polemik dalam kalangan pemerhati dan peminat sukan tempatan.
Mereka berjaya mendapat kelulusan daripada Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) untuk menyenaraikan 21 orang pemain untuk acara lelaki, berbanding negara lain yang menyenaraikan hanya 18 pemain. Strategi bijak oleh PSM menggunakan status Malaysia sebagai tuan rumah sukan SEA 2017.
Sepak takraw bakal menawarkan sebanyak 12 emas, dan tumpuan sudah pasti kepada acara regu dan berpasukan lelaki. Apabila PSM masih enggan mengumumkan nama pemain kepada umum, termasuk kepada barisan pelatih di kem kebangsaan ketika ini, ia jelas membuatkan pemain tertanya-tanya nasib mereka.
Sukar untuk meramalkan siapa bakal jadi trio terbaik negara untuk digunakan dalam acara regu. Berdasarkan congakan, kedudukan Syahir Rosdi sebagai tekong utama negara tidak tergugat, manakala di bahagian apit kiri/ feeder, persaingan tampak menjurus kepada bekas kapten Farhan Adam, dan juga Syazreen Qamar. Jika Syazreen tersenarai, ia bakal tebus kembali kekecewaannya yang terlepas edisi 2015 di Singapura akibat terkena jangkitan virus kencing tikus.
Posisi yang menjadi tumpuan sudah semestinya posisi perejam/killer. Ketika ini terdapat lima orang perejam berkaliber dalam skuad negara, manakala Fadzil Mustapa dijangka akan terlepas untuk beraksi kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri dan masih bergelut untuk pulih.
Mohd Khairol Zaman, Nur Hafizie Abdul Razak, Azlan Alias, Wan Anas Muhaimin dan Hanafiah Dollah adalah antara calon perejam yang ada ketika ini. Namun persaingan tampak tertumpu kepada Khairol Zaman dan Azlan Alias.
Masing-masing punyai kelebihan, Khairol dengan reputasi membantu Malaysia memenangi emas ketika kempen ISTAF 2015 menewaskan Thailand di pentas final selesa dengan teknik lipat gulung manakala Azlan pula adalah antara perejam menonjol untuk tahun 2017 membantu Penang Black Panthers meraih gelaran Sepak Takraw League (STL), pakar dalam menggunakan teknik lipat Pari ataupun turut dikenali sebagai lipat Maniam.
Dari satu sudut, ia satu persaingan positif untuk kem takraw negara ketika ini dan misi untuk pertahankan emas tampak meyakinkan. Thailand pula dijangka akan kembali sertai acara regu, memandangkan 2 tahun lalu, mereka tidak ambil bahagian dalam acara ini.