Skip to main content

Advertisement

Rencana

Siapa Senna?

ayrton-senna.jpg
21 Mac 1960, dunia menyambut kelahiran Ayrton Senna da Silva, antara ikon terulung dunia Formula 1.

Nama Senna pasti meniti di bibir peminat sukan permotoran era ini meskipun tidak berpeluang menyaksikan keunggulan dia mengendalikan jentera McLaren MP4/4.

Jentera yang sinonim dengan kejayaan dia muncul juara dunia buat kali pertama disebalik perseteruan hebat dengan rakan sepasukan Alain Prost.

Sebelum adanya Zlatan Ibrahimovic atau Connor Mcgregor, personaliti sukan yang 
lantang berkarisma, Senna adalah orangnya.

Meskipun dilahirkan daripada keluarga berada, Senna tidak mendongak kelangit disebalik kekayaan dan bakat luar biasa.

Bagi rakyat Brazil, Senna diibaratkan sebagai seorang yang dikirimkan tuhan menerusi kerja-kerja amal serta kejayaannya di pentas elit sukan permotoran dunia.

Senna memenangi tiga kejuaraan dunia secara total bermula pada 1988, 1990 dan kemudian 1991.

Tiga kejuaraan berbanding tujuh milik Michael Schumacher tidak mencerminkan betapa hebatnya Senna di litar.

Begitulah bagaimana kematiannya mengabadikan dia sebagai seorang legenda yang pergi terlalu awal.

Kalau tidak kerana kemalangan tragis di Imola 25 tahun lalu, mungkin juga dunia akan memandang Senna menerusi sudut berbeza.

Keghairahan dan cinta Senna kepada dunia kelajuan membawa kepada penghujung hayatnya di Gp San Marino 1994 pada tanggal 1 Mei.

Selamat ulang tahun ke-59 Senna. Dunia akan terus mengenangmu.

Advertisement

Must Watch Video