Nombor 13 ‘Suay’ (dalam dialek Hokkien) merupakan nombor kurang bernasib baik dalam budaya sesetengah komuniti dan negara.
Buat Datuk Lee Chong Wei kejuaraan Terbuka Malaysia kali ke 13 tidak akan tercapai tahun ini.
Pemain badminton negara itu yang dihormati dunia dan merupakan juara 12 kali tarik diri.
Dia baru sahaja pulang dari Taiwan untuk menjalini pemeriksaan lanjutan setelah menghidap kanser hidung 8 bulan lalu.
Berita baik bahawa proses pemulihan Chong Wei dalam landasan positif namun pasukan doktor menasihatinya supaya terus berehat dan tidak memberi tekanan fizikal keterlaluan.
Pemenang 3 pingat perak Sukan Olimpik yang gigih berlatih 3 hari seminggu sejak 2 bulan lalu ternyata mempunyai perspektif berbeza tentang kehidupan serta keutamaannya, bukan badminton tetapi kesihatan.
Kesemua peminat pasti faham dengan pilihan Chong Wei kerana buatnya dia perlu bertanggung jawab bukan sahaja buat Malaysia, tetapi untuk isteri tersayang dan anak-anak yang masih kecil.
Mampukah Chong Wei kembali dan merangkul kejuaraan ke 13 Terbuka Malaysia?
Siapa kisah?!
Nombor 13 ‘Suay’ atau tidak, rakyat Malaysia sudah cukup bangga dengan pencapaian luar biasa hero badminton kita.
Yang kita doakan, supaya Chong Wei kembali sihat sepenuhnya.