TINDAKAN tiga penembak – Nur Suryani Taibi, Muslifah Zulkifli dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim – mengemukakan saman terhadap Institut Sukan Negara (ISN) – boleh diibaratkan sebagai satu ujian terhadap agensi itu.
Menjelang Sukan SEA ke-29 baru lalu, Muslifah dan Nur Ayuni dipetik sebagai berkata berkira-kira mengambil tindakan undang-undang terhadap Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan pengurus pasukan, Datuk Sabiamad Abdul Ahad, setelah nama mereka digugurkan daripada kontinjen atas dakwaan masalah disiplin.
Februari lalu, mereka digugurkan bersama Nur Suryani dan Ezuan Khan Nasir daripada program Podium yang dikendalikan oleh ISN. Namun Nur Suryani dan Ezuan diserapkan ke dalam program Kita Juara di bawah MSN, manakala Muslifah dan Nur Ayuni memilih untuk bernaung di bawah NSAM.
Pada 7 Jun lalu, Setiausaha Kehormat NSAM, Adam Tee, mendedahkan keputusan menggugurkan kedua-duanya berikutan atlet berkenaan mempunyai masalah disiplin dan komitmen mereka diragui.
Media juga memetik atlet sebagai berkata MSN dan ISN berkomplot menggugurkan mereka.
Podium dikendalikan ISN, dengan pengarahnya Tim Newenham, yang dibawa masuk untuk menguruskan projek itu selepas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mengumumkan penyusunan semula program elit sukan tempatan di bawah Model Sukan Baharu.
Ini tentunya ujian buat ISN dan team Podium jika kes ini diheret ke mahkamah.
Kedua-dua pihak berdepan risiko jika kisah dalam kain didedahkan.
Setiap tindak-tanduk, rekod komunikasi menerusi emel dan aplikasi whatsapp, jumlah kehadiran dalam latihan dan rekod kesihatan atlet akan diperinci satu-persatu jika isu ini diheret ke mahkamah.
Sama ada pengurusan Podium telah menjalankan tugas atau tidak dengan menganalisis data dan dikongsi bersama pihak berkepentingan juga akan diperhalusi.
Jika kes ini selesai di luar mahkamah, barangkali banyak perkara dalaman dan prosedur pemilihan atau pengguguran tidak akan diketahui umum.
Jika perbicaraan diadakan, siapa agaknya yang kena bedil?