RENCANA
Siapa juara sebenar
Menyaksikan Final Piala Malaysia 2017 sebagai neutral menawarkan perspektif tanpa prejudis.
Jika Kedah mengekalkan kejuaraan maka tercipta satu rekod yang berupaya dibanggakan.
Tetapi final, milik Johor Darul Takzim, yang memutlakkan kedudukan sebagai yang berada di kelas tersendiri.
Iklan
Piala Malaysia pertama mereka dan yang ketiga buat negeri Johor secara keseluruhan.
JDT juga kini merupakan pemegang rekod sepanjang zaman saingan Liga Super dengan empat kejuaraan, lebih mengagumkan, secara berturut-turut.
Mereka tidak lagi perlu buktikan status sebagai penanda aras Bola Sepak Malaysia selagi belum ada yang mampu menyediakan apa yang ditawar JDT, kestabilan kewangan, himpunan pemain terbaik dan kemudahan bertaraf antarabangsa.
Jika mereka bercita-cita besar untuk menakluk Bola Sepak Malaysia pemburuan rekod Piala FA dan Piala Malaysia milik satu pasukan itu,boleh dijadikan agenda seiring dengan kemahuan menjadi antara yang terbaik di Asia.
Sekilas pandang rekod kejuaraan Piala FA yang menawarkan slot ke Piala AFC dipegang Selangor menerusi lima kali kemenangan.
Piala Malaysia,mungkin perlu ambil masa yang lebih lama untuk dipintas ketika The Red Giants melengkapkan misi kejuaraan ke-33 hanya dua musim yang lalu.
Tetapi tidak mustahil untuk kedua-dua rekod ini terutama Piala FA dipadam JDT jika Selangor terus berpeluk tubuh.
Mungkin akan ada yang pertikai hakikat begitu ramai pemain berbakat bukan sahaja daripada Selangor, menjadikan JDT sebagai destinasi meningkatkan mutu kerjaya.
Mengapa perlu salahkan JDT atau pemain untuk menikmati segalanya yang terbaik seperti bersama Selangor atau Pahang pada waktu terdahulu.
Waktu saya berdiri di Stadium Shah Alam,terfikir sejenak bagaimana Selangor kini dalam bahaya dirujuk hanya dengan kejayaan lampau.
Kejayaan memenangi Piala Presiden membuktikan The Red Giants dilimpahi pemain muda berkualiti.
Sudah begitu ramai yang berhijrah ke Selatan tanah air dan akan berterusan untuk tempoh waktu akan datang, mengapa ini tidak cukup untuk menyedarkan pengurusan Selangor dan pasukan lain.
Adakah terlalu sentimental sebagai penyokong juga untuk berharap agar pemain muda terutama anak jati Selangor membantu dalam menyuntik kembali nafas kebangkitan merah kuning?
Perlu dijadikan ingatan juga,JDT sebagai kelab besar satu hari akan memandang kepada akademi sendiri dan tidak perlu lagi berbelanja besar menyunting pemain berbakat daripada pasukan lain dalam mebentuk kesebelasan.
Perkongsian ini membangkitkan konflik dalam persoalan di Malaysia siapa juara sebenar?
Sehingga hari tiba jawapan itu,yang akan terbit daripada bibir saya adalah "Selangor Sampai Mati"
Must-Watch Video