Serena Williams baru-baru ini mencuri tumpuan dalam penampilan pertamanya dalam Grand Slam Terbuka Perancis sejak bersalin pada September lalu. Beliau tampil dalam perlawanan ketika bertemu Krystina Pliskova.
Dengan cuaca mencecah 25 darjah Celsius, Serena malah mengatakan beliau selesa dan berasakan dirinya seperti “superhero” yang datang dari Wakanda (sebuah tempat dalam filem “Blackpanther”).
“Saya selalu membayangkan diri saya adalah ‘superhero’ dan ini cara saya untuk merealisasikan angan-angan itu” seloroh Serena.
Pemenang kejuaraan 23 kali ini juga menambah pada sudut lainnya, suit berkenaan sebenarnya membantu beliau mengatasi masalah pengaliran darah yang menimpa sejak beberapa bulan yang lalu.
Apapun kembalinya Serena Williams ke gelanggang pertarungan membawa satu semangat luar biasa apabila mengatakan bahawa beliau akan bermain lebih baik dari sebelum bercuti panjang akibat melahirkan tempoh hari.
“Saya pasti akan sampai ke tahap itu malahan lebih baik daripada itu”, ujar Serena.
Kini Serena akan mara ke pusingan seterusnya setelah menewaskan Ashleigh Barty 2-1 dalam perlawanan tiga set.
Intan Nor Saina
Fri Jun 01 2018