SEKALUNG tahniah buat skuad sepak takraw negara yang meraih pingat emas acara regu individu dengan kemenangan penuh dramatik ke atas Indonesia sekaligus menamatkan penantian 24 tahun emas di Temasya Sukan Asia. Rangkain Mohd Syahir Rosdi, Muhammad Zulkifli Abdul Razak, Muhamad Norhaffizi Abd Razak dan Farhan Adam dan Mohamad Azlan Alias akhirnya berjaya mendakap emas.
Kali terakhir regu negara meraih emas ialah pada 1994 di Hiroshima menerusi gandingan Ahmad Jais Baharom, Abdul Malek Shamsuddin serta pelibas Iskandar Arshad dan Zabidi Shariff yang menewaskan regu Thailand Nopparat Chaikabuw, Udomsak Kaitchipipat, Kampol Tassit dan Tawit Wongkluen. Saya masih dapat mengingati perlawanan itu di mana servis hebat Ahmad Jais, kawalan menarik Abdul Malek serta rejaman dan tampanan Iskandar membolehkan regu ini dijulang selaku regu ternama negara untuk beberapa tahun selepas itu.
Kita boleh saksikan bagaimana begitu beremosi barisan pemain dan jurulatih negara ketika menerima pingat emas serta ketika lagu NegaraKu berkumandang, tanpa segan silu menitiskan air mata.
Tatkala kita menghargai kejayaan emas regu 2018 ini tetapi pada masa yang sama, saya berpendapat emas ini kurang bernilai. Ini kerana ketiadaan musuh ketat negara, Thailand dalam acara ini membuatkan kemenangan ini agak kosong. Ia akan lebih manis dan bersejarah seandainya kita berjaya menewaskan Thailand seperti yang dilakukan regu emas 1994. Kita harus ingat bahawa sejak Temasya Hiroshima sehingga Temasya 2018 kita gagal menewaskan Thailand. Dalam acara berpasukan kita selalu saja ditewaskan atau terkebelakang.
Justeru kita tidak boleh terlalu mendabik dada dengan kemenangan emas tetapi kita boleh jadikan ia sebagai satu platform untuk membina kekuatan dan seterusnya untuk menjinakkan ego Thailand yang sedang bermaharajalela di pentas sepak takraw antarabangsa.
Saya membesar di zaman pemain tersohor dan sempat menyaksikan pemain negara hebat seperti raja libas Adnan Saidin, Raziman Hassan, Rehan Mohd Din, Noraini Adnan, Nordin Sabaruddin, Suhaimi Yusof serta Ku Halim Ku Musa. Setiap kali regu Malaysia bertemu Thailand terutama sekali regu yang dibarisi raja tekongnya Pakdee Dangwattanapibul, maka gegak gempita seluruh arena.
Thailand jauh meninggalkan Malaysia dalam sukan sepak takraw kerana sentiasa melakukan inovasi seperti memperkenalkan servis kuda dengan tekong terkemukanya Suebsak Phunsueb, tatkala Malaysia sentiasa menghambat. Seandainya Malaysia mahu menewaskan Thailand, maka kita yang perlu melakukan inovasi dan harus sentiasa selangkah di hadapan musuh tradisi itu.
Saya pasti skuad sepak takraw mampu melakukkannya tetapi janganlah ambil masa yang terlalu lama.