Pada tarikh hari ini, 17 Disember, sembilan tahun lalu, skuad bola sepak negara sudah pun menuai harapan masa depan menerusi kejayaan membawa pulang ibu pingat emas Sukan SEA Laos pada 2009.
Lebih membanggakan, ia merupakan kejayaan kali pertama selepas 20 tahun, yang ditembusi skuad kendalian Datuk K. Rajagobal, ketika itu.
Jika kena dengan pelan dan perancangan yang diatur badan induk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kedudukan skuad negara masa kini mungkin sudah mengatasi dominasi Asia Tenggara.
Jika dilihat kepada logik, tempoh masa sembilan tahun yang telah diambil skuad negara untuk memecah benteng Asia Tenggara tampak begitu sukar.
Padahal segalanya bermula dengan sempurna beberapa tahun selepas 2009 apabila Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 dan mengekalkan kredibiliti selaku juara bertahan Sukan Sea pada 2011.
Namun, pincang selepas kegagalan skuad negara di pentas Piala AFF 2012 dengan terkandas dalam separuh akhir, serta natijah kontrak Rajagobal selaku ketua jurulatih tidak disambung selain program Harimau Muda di anggap tidak berjaya dan dimansuhkan.
Teringat kata-kata bekas orang kuat FAM satu ketika dulu, "Malaysia tidak akan jadi juara edisi kali ini."
Itu reaksi individu itu beberapa minggu sebelum tirai saingan Piala Suzuki AFF membuka tirai, November lalu.
Bukan mengiakan apa yang telah diramal, tetapi kata-kata itu hadir melalui persoalan adakah FAM miliki "blueprint" terperinci atau program jangka masa panjang yang mampu menjawab hala tuju bola sepak negara selepas ini?
Melihat kepada keterujaan FAM menyambut positif prestasi skuad negara dalam saingan Piala Suzuki AFF kali ini, saya berharap keterujaan mereka berterusan dengan program yang lebih teliti dan mampu membawa hasil.
Jika tiada, percikan terbaru dari skuad senior itu hanya akan menjadi kejayaan yang hanya akan diingati seperti mana yang berlaku kepada skuad kendalian Rajagobal pada 2010 mahupun skuad kendalian Dollah Salleh yang juga merupakan finalis Piala Suzuki AFF bagi edisi 2014.
Biar ada usaha dan program susulan demi bola sepak negara selepas ini.