Pemecatan Jose Mourinho selaku pengendali Manchester United akhirnya berlaku susulan permulaan suram yang diharungi bagi kempen 2018/19.
Situasi itu membuatkan pihak pengurusan United bertindak memanggil legenda pasukan yang juga penjaring gol kemenangan The Red Devils di pentas akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 1998/99, Ole Gunnar Solskjaer, untuk memegang jawatan pengurus sementara sehingga pertengahan tahun depan.
Langkah itu dilihat sebagai satu usaha yang mirip kepada tindakan beberapa kelab elit Eropah seperti Real Madrid, Barcelona dan AC Milan yang memanggil semula bekas tonggak untuk memulihkan keadaan dalam pasukan.

Los Blancos menjulang trofi Liga Juara-Juara buat kali kedua dan ketiga berturut-turut bersama Zinedine Zidane, Barca melalui detik tanpa Ronaldinho dengan penuh kegemilangan hasil sentuhan Pep Guardiola dan Luis Enrique sambil kehadiran Gennaro Gattuso ternyata menampakkan hasil bersama Rossoneri.
Kini, satu lagi persoalan yang wujud di Old Trafford adalah siapa individu yang bakal menjadi nama pertama untuk memegang jawatan yang mahu diperkenalkan United demi melengkapkan proses penstrukturan semula kelab, pengarah sukan.
Sebelum ini, nama Fabio Paratici yang kini bersama Juventus menjadi antara pilihan tatkala bekas pengendali The Old Lady, Antonio Conte, dilaporkan bakal menggantikan Mourinho jika pengurus dari Portugal itu dipecat.

Namun, selepas pelantikan Solskjaer diumumkan, kemungkinan besar pihak pengurusan United akan mengambil langkah sama, membawa semula legenda kelab untuk memimpin menerusi status pengarah sukan.
Bekas penjaga gol United dari Denmark, Peter Schmeichel, mengakui dia teruja dan bersedia sekiranya dipilih untuk menjadi watak pertama memegang jawatan tersebut apabila berkata: "Saya mahu jawatan itu dipegang oleh seseorang yang mampu mengembalikan mentaliti ketika era Sir Alex Ferguson. Adakah saya layak? Jika perlu, saya akan meletakkan nama saya."
Keberkesanan seorang pengarah sukan bagi sesebuah kelab mungkin tidak sebesar impak pemilihan pemain yang dilakukan oleh setiap pengurus bola sepak tetapi jika melihat tindakan Manchester City yang melantik Txiki Begiristain sehingga membuatkan Guardiola hadir ke Etihad, United seharusnya mendapatkan individu yang benar-benar tepat.

Apa yang pasti, kehadiran pengarah sukan akan memberikan bantuan buat sesiapa sahaja yang bergelar pengurus di Old Trafford dan situasi itu amat penting tatkala United kini berada di tahap kronik untuk memulihkan persekitaran kelab.
Perhatian sememangnya lebih terarah kepada siapa pengurus atau pemain yang didapatkan dalam setiap pasukan tetapi peranan seorang pengarah sukan tidak boleh dinafikan keperluannya di Old Trafford.