"Ini tugas mustahil".
Itu yang saya fikirkan apabila pegawai Persatuan Kriket Malaysia (MCA) mengadu mengenai status Kinrara Oval yang diambil alih pihak pemaju.
Risikonya?
MCA diarah mengosongkan Kinrara Oval, venue keramat skuad negara sejak 2003.
"Pada awalnya perbincangan berjalan lancar. Sepatutnya tapak ini sudah didaftarkan sebagai tapak taman rekreasi namun berlaku masalah teknikal.
"Masalah makin rumit apabila perubahan kerajaan kerana pegawai yang menguruskan hal ini termasuk bekas Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) sudah tidak terbabit," kata Presiden MCA, V. Mahinda.
Ironinya, MCA diberi tempoh hingga 31 Oktober ini untuk mengosongkan Kinrara Oval.
Masa makin suntuk dan mereka hanya ada dua pilihan - kosongkan Kinrara Oval atau pertahankan.
Dalam keadaan yang makin rumit, sekumpulan peminat dan penduduk sekitar Puchong datang beri sokongan.
Mereka bawa sepanduk #SaveKinraraOval dan #Don'tKillTheGame.
Ada yang datang dari luar Lembah Klang demi cinta terhadap kriket.
"Kami tidak perlukan kondominium atau pusat membeli-belah. Semuanya sudah padat disini. Kami hanya mahukan kawasan hijau, tempat untuk anak-anak bermain pada masa depan," kata seorang penduduk yang hadir.
Tidak jauh dari situ, ada sekumpulan kanak-kanak berlari.
Peluh membasahi baju mereka dalam gelak ketawa.
Mereka tidak tahu apa yang akan berlaku terhadap Kinrara Oval. Mereka cuma menikmati zaman kanak-kanak yang penuh riang-ria, tempoh yang singkat sebelum kembali memegang gajet di rumah.
Saya tidak pasti apa akan berlaku selepas 31 Oktober. Adakah mereka akan hilang tempat bermain atau Kinrara Oval dapat diselamatkan?
Menteri Besar Selangor dan Menteri Belia dan Sukan tahu mengenai perkara ini namun keadaan nampak tetap sama.
Adakah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan campur tangan?