Dia bukan lah pemain hebat ataupun jurulatih ternama dalam Malaysia.

Dia hanyalah penyokong setia Pahang yang bukan sahaja istimewa di mata penyokong lain, malah begitu dekat dengan pemain dan barisan kejurulatihan Pahang.

Kehilangannya amat dirasai dan ditangisi pemain bola sepak negara terutama mereka yang yang pernah beraksi untuk pasukan PDRM ketika kendalian jurulatih Dollah Salleh dan paling ketara pemain pasukan Pahang ketika ini.

Kelibat Nassir dekat di hati penulis, jika tugasan penulis membuat liputan bola sepak di Pahang Darul Makmur, Nassir sering ada bersama pasukan ketika sesi latihan.

‘ Kak jom selfie.’ Itu antara kenangan penulis bersama Nassir.

Walaupun hanya bicara singkat tetapi kehadiran Nassir tidak pernah gagal mencuri tumpuan penulis.

Dia umpama pemanis dalam skuad Pahang, dengan keletah bersahaja dan selalu mencuit hati menerusi keakraban yang dipamerkan antara Nassir dan juga pemain.

Paling terkesan sudah pasti pengendali Pahang, Dollah Salleh yang amat rapat dengan insan istimewa ini.

Nassir meninggal dunia pada pagi Selasa kerana serangan jantung ketika skuad Pahang dalam persediaan menentang Selangor dalam aksi liga super di Stadium Darul Makmur.

Al-Fatihah Nassir

Pautan klip Nasir Abdullah bersama pemain Pahang.


https://www.instagram.com/p/BjfPjmJhYZL/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=388y08egzj1t