Kurang daripada 48 jam selepas penulis bercerita tentang nasib Jose Mourinho di Manchester United semakin di penghujung, kelab berkenaan umum pemecatan pengendali berusia 55 tahun itu.
Memasuki musim ketiganya bersama United, Mourinho alami sindrom yang sama sewaktu dia di Chelsea dan Real Madrid sebelum ini apabila tidak dapat melengkapkan musim berkenaan.
Pemecatan Mourinho ini sememangnya sudah lama diharapkan oleh peminat United yang tidak lagi dapat menerima corak permainan yang diterapkan dalam pasukan.
Malah beberapa percaturan dibuat Mourinho juga kerap dipersoalkan kerana tidak menepati gaya sebenar yang diharapkan ketika United berada di kemuncak suatu ketika dahulu.
Akhirnya pengurusan tertinggi United sudah tidak dapat bersabar lagi walaupun ia menelan kos tinggi untuk membayar pampasan kepada Mourinho berikutan pemecatannya.
Kini siapa yang sesuai untuk menggantikan Mourinho?
United hanya akan mencari pengendali sementara bagi baki saingan musim ini sebelum mencari individu yang punyai perwatakan serta kemampuan yang diharapkan untuk lonjakkan kembali reputasi kelab berkenaan.
Beberapa nama sudah kedengaran antaranya dua bekas pemain United, Ole Gunnar Solksjaer serta Laurent Blanc yang punyai kredibiliti tersendiri dalam karier kejurulatihan masing-masing.
Namun tidak dinafikan satu tugas sukar untuk merencana kembali kekuatan United berdasarkan barisan pemain yang dimiliki musim ini tetapi andai dapat memanfaatkan kualiti yang ada, ia bukan sesuatu yang mustahil.
Begitupun ucapan terima kasih juga perlu diberikan kepada Mourinho kerana dapat menambah koleksi kepada kabinet trofi United selepas memenangi Piala Liga selain Liga Europa pada musim pertamanya.