Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: Congo lolos ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam sejarah

da

Congo meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 selepas bangkit menewaskan Uzbekistan 2-1 di Stadium Atlanta, Amerika Syarikat, sebentar tadi. 

Uzbekistan, di ranking ke-60 dunia itu membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi Eldor Shomurodov seawal minit ke sembilan untuk kekal mendahului pada minit ke-10. 

Masuk babak kedua pula menyaksikan skuad kendalian Sebastien Desabre kembali mengatur serangan demi serangan ke kubu pertahanan Uzbekistan, namun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-68 menerusi sepakan penalti Yoane Wissa. 

 

 

 

 

Selang 10 minit kemudian, Fiston Mayele yang bijak mencari ruang menampan bola masuk hasil rembatan rakan senegaranya sekali gus menewaskan Abduvohid Nematov buat kali kedua. 

Malam gemilang Congo yang mara buat kali pertama ke pusingan 32 terbaik di Atlanta itu disudahi dengan gol tambahan hasil rembatan deras Wissa untuk melakar kemenangan 3-1. 

Kemenangan itu meletakkan Congo di kedudukan ketiga dalam kempen Kumpulan K dengan empat mata, sementara Uzbeskitan tersingkir tanpa mengutip sebarang mata.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video