Ini adalah kali ketiga, FAM meleraikan ikatan dengan FAS selepas kali pertama pada 1981 dan kali kedua pada 1994 di mana mereka muncul juara Piala Malaysia pada tahun tersebut menewaskan Pahang 4-0 di pentas akhir.
Bagi penulis,keputusan tersebut adalah tepat kerana pembabitan kembali wakil Singapura dalam saingan Liga M sejak 2012 tampak lebih memberi keuntungan kepada skuad kebangsaan republik itu berbanding barisan negara.
Singapura kini menduduki ranking ke 152 dunia berbanding skuad negara yang kini sekadar berada di ranking 171 dunia.
Pembabitan skuad Harimau Muda B dalam saingan Liga S juga tidak memberi sebarang kesan positif dengan kegagalan skuad B-22 tahun negara bimbingan Razip Ismail di Kelayakan AFC B-23 tahun.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam memberi gambaran FAS akan tetap menghantar wakil untuk saingan musim depan.
Namun, masalah kos bagi setiap pasukan Liga M ke Singapura dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit kini turut menjadi antara faktor pendorong meleraikan ikatan kerjasama dengan FAS yang kembali terjalin menerusi memorandum persefahaman (MOU) yang dimeterai pada 2011.
Selain ranking dunia terkini, prestasi skuad kebangsaan Singapura juga lebih menyinar berbanding barisan negara dalam beberapa kejohanan antarabangsa.
Pada musim pertama Lions XII di Liga M, skuad kebangsaan republik itu muncul juara Piala Suzuki AFF 2012 dan barisan bawah 23 tahunnya pula meraih gangsa Sukan Sea 2013.
Ketika itu, desas-desus masa depan Lions XII dalam Liga M sudah mula kedengaran apabila prestasi skuad senior dan bawah 23 tahun kebangsaan mula mengalami kemerosotan.
Pembabitan Lions XII dalam Liga M membolehkan Singapura mendedahkan bakat muda terbaik mereka seperti Safwan Baharuddin, Sahil Suhaimi dan juga Harris Harun yang kini bersama Johor Darul Takzim dalam saingan kompetitf.
Malangnya, pemain-pemain Harimau Muda B tidak meraih hasil sama dalam saingan Liga S biarpun setiap pasukan membariskan lima awang import.
Tetapi terdapat juga faktor positif dengan kehadiran Lions XII dalam saingan Liga M sejak 2012 kerana pemain-pemain tempatan berpeluang beradu kekuatan dengan sebuah pasukan yang dibarisi rata-rata pemain kebangsaan sebuah negara jiran.
Bagi penulis, mungkin di masa depan FAM wajar mempertimbangkan kemungkinan mengadakan kerjasama seperti ini dengan negara jiran seperti Thailand, di mana Liga Perdana Thailand diiktiraf sebagai saingan paling kompetitif di rantau ASEAN.
Usahasama seperti ini perlu juga memberi keuntungan kepada skuad bawah 23 dan senior kebangsaan kita.