Skip to main content

Rencana

Selamat tinggal chinlone?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

17817chinlonesecondary.jpg
Adakah anda masih mengingati sukan chinlone?

Sukan yang memerlukan lima orang pemain menimbang bola rotan dalam bulatan mengikut giliran, pernah dipertandingkan di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dan cipta kemahsyuran seketika apabila menghadiahkan emas pertama kontinjen Malaysia dalam temasya dwi tahunan itu.

Ketika itu Malaysia dibarisi Muhammad Faiz Roslan, Muhaimi Che Bongsu, Mohammad Kamal Aizzat Azmi, Izzuan Affendi Azlan, Iskandar Zukarnain Salim, Putera Aidil Israfil Kamaruzaman serta Mohammad Azlan Alias, perejam terbaik negara ketika ini turut pernah berada dalam skuad chinlone yang dibimbing Mohd Yusof Abdullah. 

Harapan untuk menyaksikan chinlone kembali dipertandingkan di Filipina pada edisi 2019 juga semakin tipis selepas tuan rumah bertegas hanya mahu menyenaraikan enam acara sahaja, regu, regu berpasukan, pasangan berpasukan untuk lelaki, wanita pula boleh bersandarkan kepada acara pasangan berpasukani dan satu acara baru, gelung akan dimasukkan untuk kedua-dua kategori.

Sebagai tuan rumah, Filipina juga bakal memperoleh kelebihan seperti yang ditetapkan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) bahawa tuan rumah boleh sertai semua acara, dan boleh menyenaraikan sehingga 18 pemain berbanding negara yang punyai had hanya 15 pemain dan boleh sertai dua acara sahaja bagi lelaki, dan satu acara sahaja bagi kategori wanita.

Selain chinlone, acara lain seperti quadrant (empat sepasukan) dan pasangan (doubles) digugurkan yang menyaksikan penurunan daripada 12 emas yang dipertandingkan di Kuala Lumpur tahun lalu berkurang kepada 6 sahaja untuk Manila pada 2019. 

Walaubagaimanapun, Myanmar sebagai kuasa besar dalam acara chinlone masih mahu merayu memandangkan ia lubuk untuk mereka menuai emas, dan Malaysia menerusi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sedia menyatakan sokongan untuk turut sama-sama memohon kepada tuan rumah bagi mempertimbangkan acara itu kembali dimasukkan.

Namun jika Filipina masih bertegas, Malaysia berkemungkinan akan menumpukan kepada acara regu dan regu bepasukan bagi kategori lelaki, cuma untuk wanita, mereka perlu memilih antara satu samada membuat persiapan awal berlatih acara berpasangan berpasukan atau gelung yang kedua-duanya bukanlah acara kegemaran Malaysia.

Advertisement

Must Watch Video