Buat mereka yang membesar pada era 80an Michael Jordan dijulang sebagai idola.
Untuk generasi pasca Jordan seperti saya, kami memiliki Kobe Bryant untuk dijadikan sebagai 'Hero'.
Jordan mungkin legenda sepanjang zaman, tetapi Bryant kini kekal abadi dalam hati setiap daripada mereka yang tersentuh dengan aksinya di dalam gelanggang.
Kerana pada usia 41 tahun, tiada siapa sangka Bryant menghebuskan nafas terakhirnya dalam kemalangan tragis yang turut meragut nyawa anaknya, Gianna.
Bryant mempopularkan jenama Los Angeles Lakers di Malaysia seperti mana Jordan melakukannya bersama Chicago Bulls.
Warna emas dan ungu tidak kekok digayakan anak-anak muda menggantikan pengaruh keunggulan merah dan hitam.
Bryant juga terkenal dengan jolokan sebagai The Black Mamba sempena dengan spesis ular yang cukup merbahaya dengan terpaan berbisa.
Persamaan yang paling sesuai menggambarkan Bryant di dalam gelanggang dalam dia mengetuai Lakers memenangi lima kejuaraan NBA.
Terlalu banyak memori yang Bryant hadiahkan buat peminat bola keranjang seluruh dunia, tetapi yang paling saya kenangkan adalah aksi kompetitif terakhirnya bersama Lakers.
Menentang Utah Jazz pada April 13 2016, Bryant menjadi pemain paling tua pada usia 37 tahun untuk merekodkan 60 mata dalam satu perlawanan sekali gus menamatkan kerjaya dengan catatan 'W' terakhir.
Persaraan menyaksikan Bryant meneruskan usaha mengembangkan bola keranjang menerusi gerakan mentaliti mambanya.
Ini disamping dia memenangi Anugerah Oscar untuk animasi pendek bertajuk 'Dear Basketball' yang merupakan kisah cintanya kepada sukan itu.
Isnin, 27 Januari 2020, jam 530 pagi saya dikejutkan dengan tangisan anak sulung saya.
Susulan mententeramkannya, tangan saya pantas mencapai telefon pintar untuk melihat apa yang dibicarakan di media sosial.
Pada waktu itu, hilang seorang daripada wira dunia sukan saya dengan berita pemergian Kobe Bryant.
Anda bersemadi sebagai individu yang menganugerahkan inspirasi kepada begitu ramai anak muda mengejar impian, tidak mengira apa bidang yang mereka ceburi.
Dunia akan merinduimu.
Selamat Malam Mamba