Skuad karate negara bakal menerima jurulatih baru dari Iran berkuatkuasa 1 Disember ini.
Dia akan menggantikan Andris Vasiljevs yang ditamatkan kontrak ekoran prestasi atlet yang tidak memuaskan, tahun ini.
Ali Reza tidak asing lagi adalam arena karate Malaysia apabila pernah membimbing skuad negara sejak tahun 1998 hingga 2002 dengan pencapaian terbaiknya membantu Malaysia memenangi pingat di Kejohanan Dunia 2002.
Persoalannya, barisan atlet dilihat akan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan corak latihan daripada jurulatih berusia 60 tahun itu selepas enam tahun mereka dibawah bimbingan Vasiljevs.
Atlet negara, Syakilla Salni Jefry Krishnan dan S. Prem Kumar akui akan ambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk serasi dengan teknik latihan baharu tetapi akan memakan masa sehingga satu tahun juga andai ingin menyesuaikan diri sepenuhnya.
Tetapi, Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) tidak melihat itu sebagai satu penghalang buat skuad negara kerana percaya barisan atlet senior ini cukup matang dan tiada masalah untuk menerapkan latihan Ali Reza sebaik mungkin.
Ali Reza akan memulakan tugas secara rasmi pada 1 Disember ini di mana tugas pertamanya sudah pasti Liga Premier Karate 1 di Paris pada Januari tahun depan yang merupakan kejohanan penting untuk mengumpul mata kelayakan ke Olimpik Tokyo 2020.
Selamat bertugas buat jurulatih Ali Reza!