RENCANA
Sayonara Harimau Muda
Dek kerana Harimau Muda ketika itu menuntut ilmu di Slovakia, 17 jam perjalanan ku tempuh jua sambil membayangkan apa pengalaman yang bakal aku lalui di negara terpencil dan tidak dikenali itu.
"Fina, kamu reporter pertama yang akan terbang, tinjau Harimau Muda di sana." itu arahan dari bos aku
Masih segar di ingatan, April 2010 - malahan sambutan hari jadi ke 26 tahun di sambut sepi di bilik Hotel Vion yang juga merupakan penginapan rasmi pemain Harimau Muda kumpulan perintis di bawah jurulatih Azraai Khor Abdullah - semuanya gara-gara Harimau Muda !
Iklan
Dan gara-gara Harimau Muda juga, liputan selama 5 hari terpaksa di tambah kepada 10 hari ekoran letusan gunung berapi Eyjafjallajokul di Iceland membawa kepada penutupan pengangkutan udara membabitkan Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna ekoran asap tebal yang menafikan sebarang penerbangan ketika itu
" Kita terkandas, dan tambah beberapa hari ini gunakan dengan sebaiknya untuk mengenali Harimau Muda dengan lebih dekat." Itu ayat positif yang aku lontarkan bagi menyedapkan hati aku sendiri sebenarnya.
Ia ternyata benar & aku temui cerita sebenar di sebalik gah nya nama Harimau Muda yang menuntut ilmu sehingga ke Slovakia selain program itu sendiri yang sebenarnya gagal mencapai matlamat asalnya.
"Hanya 14 perlawanan kompetitif, atau bahasa mudah aksi persahabatan dengan Liga Divisyen Dua, bukan bermain dalam liga mereka ! " ujar sumber yang masih lagi berkongsi info dengan ku di laman sosial facebook sehingga kini.
Lebih menyakitkan mata majoriti pemain utama gagal mendapat tempat untuk beraksi dalam 'aksi kompetitif' ekoran kecederaan mereka yang gagal pulih sepenuhnya kerana tiada rawatan profesional sepanjang mereka berada di Slovakia
" Kaki saya semakin bengkak lepas cedera dalam perlawanan, tapi tak ada rawatan khusus hanya pergi ke klinik terdekat untuk periksa biasa biasa", adu salah seorang pemain Harimau Muda yang sudah menjadi bintang dalam pasukan 3 terbaik liga super ketika ini.
Aku bungkam melihat situasi yang nyata indah khabar dari rupa itu.
Hakikatnya Harimau Muda sememangnya menjadi kebanggaan ramai, apa tidaknya, majoriti dari mereka inilah yang berjaya pecah kemarau emas Sukan SEA selama 30 tahun di bawah kendalian Datuk K Rajagobal di Loas pada 2009.
2010 mereka turut mencipta nama walau membawa nama skuad senior negara namun rata rata dari mereka adalah pemain Harimau Muda - sekali lagi Datuk K Rajagobal main peranan utama ketika Malaysia menjulang kejuaraan Piala AFF di Jakarta 2010.
2011 - Harimau Muda melewati perubahan dari segi barisan pemainnya dan saya lebih senang melabelkan mereka sebagai kumpulan kedua yang berada di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.
Namun tiada masalah untuk mereka pertahan emas Sukan SEA di Jakarta pada 2011.
Selepas melewati 4 tahun yang manis, baki 4 tahun berikutnya jauh panggang dari api untuk di buat perbandingan.
Lantas membawa kepada pemansuhan Harimau Muda yang di umumkan dalam Mesyuarat Exco FAM tahunan yang diumumkan Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah pada Selasa, 24 November 2015
Coretan ini bukan untuk membahaskan wajar atau tidak keputusan FAM membubarkan Harimau Muda, sekadar berkongsi cerita di mana pasukan ini pernah menjadi perbualan dan tajuk utama di dada akhbar, dan siapa sangka hanya 7 tahun selepas itu badan induk ini baru sedar program ini tidak ke mana dan perlu dimansuhkan !
Apa pula kata anda ??
Must-Watch Video