Ketika spekulasi yang menular mengenai masa depan bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho, prestasi pemain Werder Bremen, Milot Rashica, seperti dilupakan begitu saja. Pemain berusia 23 tahun itu baru-baru ini mencipta kejutan selepas meledak gol menerusi sepakan gol jarak jauh ketika berdepan Bayern Munich.
Pemain skuad Kosovo itu telah menyumbang tujuh gol dan tiga bantuan jaringan buat Breman dan mengharungi musim yang mengecewakan setakat ini. Berada di tempat ke-16 dalam Bundesliga, Rashica adalah antara pemain terbaik Bremen dan seluruh pasukan termasuklah pengurusnya, Florian Kohfeldt, bergantung harap kepadanya untuk membawa kemenangan kepada kelab Jerman itu.
Menerusi laman web rasmi Bundesliga,rakan sepasukannya, "Dia merupakan salah seorang pemain terbaik Bundesliga!"
Sementara Kohfeldt menjelaskan, "Rashica melakukan jangkauan yang luas sejak tahun lalu. Dia kini lebih yakin dengan kemampuannya dan menjaringkan gol dengan mudah.".
Rashica seorang pemain yang memiliki pendekatan yang mudah. Walaupun gemar bermain di bahagian sayap, Dia mempunyai naluri seorang pemain tengah dan mampu menembusi kotak penalti dengan bijak. Gerakannya ketika bertemu Schalke dan Bayern Munich jelas membuktikan yang dia memiliki kaki kanan berbisa. Tidak seperti pemain sayap yang lain, pemain dari Kosovo itu sangat yakin dengan sentuhan penyudahnya. Dia tidak takut untuk mengambil risiko menjaringkan gol dan pada kebanyakan masa, ia membuahkan hasil. Ciri serba bolehnya sebagai seorang penyerang yang membezakannya daripada pemain lain dan merupakan pembelian yang berbaloi buat banyak kelab bola sepak.
Apabila dibandingkan dengan nilai Sancho yang melampau tingginya iaitu sekitar ASD120 juta (RM343 juta), nilai Rashica, pemain Bremen itu dianggarkan hanya suku daripada nilai Sancho. Dia seorang penyerang serba boleh dan mampu beraksi cemerlang dalam sebarang kedudukan menyerang. Sebagai pemain sayap kiri, Rashica adalah satu ancaman yang mampu menggugat gawang gol pihak lawan dari jarak jauh.
Rekod yang lebih baik daripada Sancho
Bintang muda itu mempunyai rekod yang lebih cantik daripada kebanyakan pemain yang paling menjadi buruan dalam hampir setiap aspek permainan. Bagaimanapun, dia bermain untuk kelab bola sepak yang boleh dikatakan agak lemah. Penyerang Bremen itu telah menyempurnakan lebih banyak hantaran penting (2.1) dalam setiap perlawanan dan juga lebih banyak cubaan menjaringkan gol (3.4) setiap 90 minit daripada pemain antarabangsa dari England itu. Sancho pula mempunyai rekod purata 2.9 kali gelecekan yang berjaya dalam setiap perlawanan serta 1.9 kali hantaran penting dan 1.9 kali cubaan menjaringkan gol pada setiap 90 minit dalam musim ini. Purata gelecekan Rashica ialah 2.4 kali setiap perlawanan dan itulah punca dia ketinggalan di belakang Sancho. ( https://one-versus-one.com/en/compare-players/Milot-Rashica-vs-Jadon-Sancho)
Dengan hampir setiap kelab bola sepak gergasi Eropah memerhatikan Sancho, bekas pemain percubaan Gent itu kelihatan seperti alternatif yang bagus buat pemain berusia 19 tahun itu dengan hanya suku nilainya. Walaupun dengan rekodnya yang baik, penyerang Bremen itu masih tidak mendapat perhatian yang cukup daripada kelab lain. Permainannya juga cemerlang dalam Liga Negara-Negara Eropah dengan dua jaringan gol dan tiga bantuan jaringan gol dalam enam kemunculan untuk Kosovo. Penyerang yang dibayangi oleh Sancho dalam Bundesliga itu mempunyai prestasi yang lebih baik daripada pemain berusia 19 tahun itu.
Sentuhan penyudahnya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Sancho, dan merupakan ancaman setiap kali pasukan melakukan serangan balas berdepan mana-mana pasukan. Hantarannya juga harus diberikan pujian, berkebolehan untuk menggegarkan barisan pertahanan yang kukuh seperti Kevin De Bruyne. Pemain yang dipindahkan daripada Vitesse Arnhem di Belanda ke Bremen dengan yuran perindahan bernlai EURO7 juta (RM32 juta) pada tahun 2018 itu cenderung untuk terus menjaringkan gol apabila dia bermain dalam kedudukan sayap. Dia juga pakar dalam hantaran silang sekali gus menjadikan dia sebagai satu ancaman semasa sepakan percuma. Pemain antarabangsa kelahiran Kosovo itu merupakan salah seorang penggelecek terbaik dalam Bundesliga buat masa ini.
Rashica kelihatan seperti pembelian yang berbaloi buat banyak kelab bola sepak. Harga yang mahal tidak semestinya menjaminkan kualiti dan perkara ini terbukti dengan Rashica yang nilainya tidak sebegitu tinggi walaupun dengan rekod cemerlangnya. Dia berkemampuan dan berbakat tinggi untuk bermain di tahap yang lebih tinggi. Masih banyak yang boleh dipertingkatkan oleh pemain berusia 23 tahun ini dan semestinya dia mempunyai potensi untuk menjadi salah seorang pemain bola sepak terbaik di dunia.