“Jika dalam satu setengah jam, anda tidak tidak mendengar apa-apa daripada saya, saya tak tahulah jika mereka akan menghantar seseorang untuk mencari saya, kerana mereka tidak akan menemui saya…”
Pesanan audio melalui WhatsApp yang dihantar Emiliano Sala kepada rakan-rakannya sejurus menaiki sebuah pesawat ringan di Nantes, malam Isnin lalu, akan terus terngiang-ngiang buat sahabat, kaum keluarga dan mereka yang mengenalinya.

Sala seharusnya sudah mula berlatih dengan pasukan barunya, Cardiff City, dua hari lalu. Namun, dia mungkin sudah pergi buat selama-lamanya dan tidak akan ditemui lagi.
Pemain Argentina itu baru menandatangani perjanjian tiga setengah tahun untuk menyertai Cardiff dengan rekod yuran perpindahan kelab berjumlah AS$19 juta (RM78.6 juta), Sabtu lalu.
Perlawanan liga dengan Arsenal di Stadium Emirates, 30 Januari ini, harus menandakan penampilan pertamanya dalam jersi The Bluebirds. Itu juga harus tidak akan berlaku kini.

Hanya pada siang Isnin lalu, penyerang Nantes itu yang telah menjaringkan 12 gol di samping membuat dua bantuan jaringan untuk kelab Ligue 1 itu musim ini, mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sepasukannya.
Menyusulinya dengan ciapan dalam Twitter tidak lama kemudian, Sala memuat naik foto detik berkenaan dengan diiringi keterangan: “Ucapan selamat tinggal yang terakhir.”
Namun, keputusannya untuk menaiki sebuah pesawat ringan pada malam yang sama untuk segera ke kelab barunya – berbanding mengambil penerbangan komersial dari Paris ke Heathrow seperti yang telah diatur oleh Cardiff – harus kesilapan terbesar pernah dibuatnya.
Pesawat ringan Piper Malibu berenjin tunggal itu dilaporkan hilang daripada radar dan dikhuatiri terhempas ke Selat Inggeris berhampiran Kepulauan Channel dalam cuaca buruk, dengan pasukan mencari dan menyelamat menyifatkan peluang untuk dia ditemui hidup adalah tipis.
Barangkali juga Sala sendiri sudah mendapat alamat atau prarasa ketika menaiki pesawat ringan itu – dengan hanya ditemani juruterbang, Dave Ibbotson -- bahawa sesuatu yang buruk akan menimpanya.
Ketika pesawat berkenaan dilaporkan hilang, dilaporkan tersebar satu pesanan audio WhatsApp daripada Sala kepada rakan-rakannya yang berbunyi: “Hello, apa khabar anda semua? Dengar, saya terlalu penat. Saya berada di sini di Nantes, melakukan terlalu banyak perkara yang seakan-akan tiada kesudahannya.
“Setakat ini dulu, kawan-kawan. Saya sekarang di dalam pesawat yang nampaknya seperti mahu roboh dan saya akan terbang ke Cardiff.
“Kami akan bermula di sana esok, saya ada latihan dengan pasukan baru pada sebelah petang dan kita lihat nanti apa yang akan berlaku.
“Apa khabar rakan-rakan semua? Semuanya okay?
“Jika dalam satu setengah jam, anda tidak tidak mendengar apa-apa daripada saya, saya tak tahulah jika mereka akan menghantar seseorang untuk mencari saya, kerana mereka tidak akan menemui saya.
“Tapi anda semua sudah pun tahu. Saya tersangat takut.”
Dalam perkembangan terbaru, jurucakap Polis Guernsey dipetik sebagai berkata: “Peluang untuk kedua-duanya ditemui hidup, pada peringkat ini, adalah teramat tipis jika pesawat itu mendarat cemas di atas laut.”
Sambil itu, harapan dan doa tidak putus-putus datangnya daripada pelbagai individu yang berkongsi kesedihan, termasuk Diego Maradona, bekas rakan sepasukan di Niort, Paul Delecroix, yang menyifatkan Sala seorang yang “berhati emas”, dan penyerang Sevilla, Wissam Ben Yadder.