Skip to main content

Rencana

Saingan terbaik Eropah kembali

lionelmessi_1.jpg
Saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) 2018-19 telahpun bermula awal pagi tadi, dengan 32 pasukan kembali beraksi untuk merebut gelaran terbesar dalam saingan kelab bagi bergelar yang terbaik di Eropah.

Kelab-kelab terbaik Eropah bakal mengharungi saingan selama tujuh bulan sebelum menempah slot ke final yang bakal berlangsung di Wanda Metropolitano.

Real Madrid memasang impian untuk terus melakar kemenangan gelaran UCL buat kali keempat berturut-turut musim ini, dengan berdepan saingan awal Roma, CSKA Moscow dan Viktoria Plzen -- jalan mereka untuk melangkah ke pusingan kalah mati kelihatan cerah.

Barcelona dan Juventus, dua saingan buat Real diundi dalam kumpulan yang sukar -- bakal berdepan pasukan seperti Tottenham, Manchester United, Inter Milan dan Valencia yang mampu merumitkan perjalanan mereka.

Menjulang empat gelaran UCL bersama Real Madrid, Cristiano Ronaldo mengambil keputusan untuk meninggalkan Santiago Bernabeu untuk mendapatkan pengalaman baru dengan berhijrah ke Itali untuk bersama Juventus dan dia bakal berdepan bekas majikannya, Manchester United.

Pasukan bertuah

Bayern Munich: Diundi dalam kumpulan yang dianggap mudah buat mereka, tidak akan menerima tentangan hebat daripada Benfica, Ajax atau AEK Athens dan bakal menari untuk mara ke pusingan 16.

Manchester City: Kumpulan yang senang bagi skuad skuad bimbingan Pep Guardiola, The Cityzens diundi bersama Shakhtar Donetsk, Lyon dan Hoffenheim. Sukar untuk melihat City tidak meraih sembilan mata di laman sendiri dan menamatkan saingan sebagai juara kumpulan.

Pasukan bernasib malang

Red Star Belgrade: Bakal menjadi pelengkap jadual bagi saingan UCL. Bakal berdepan saingan daripada Paris Saint-Germain (PSG), Napoli dan Liverpool, serta berkemungkinan menamatkan saingan tanpa sebarang mata.

Spurs: Bagi pasukan yang tidak berbelanja pada jendela perpindahan musim panas lalu, kebolehan Spurs bakal diuji apabila berada dalam kumpulan bersama Barcelona, PSV dan Inter Milan. Mereka mampu mara, sama seperti musim lalu, apabila diundi dalam kumpulan bersama Real Madrid dan Borussia Dortmund, tetapi cabaran bakal menanti mereka.

Manchester United: Penyokong-penyokong Red Devils berharap untuk diundi dalam kumpulan bersama Lokomotiv Mosckow dan Schalke, terutama sekali ketika prestasi pasukan yang masih tidak konsisten. Sebaliknya, bakal berdepan Ronaldo dan Juventus sementara Valencia yang menjadi pesaing untuk merebut slot sebagai naib juara kumpulan. 

Kumpulan Maut

Kumpulan B: Barcelona, Tottenham, Inter dan PSV -- Hatrik Lionel Messi memastikan kemenangan 4-0 ke atas PSV sementara Spurs terpaksa berputih mata dengan dua jaringan lewat Mauro Icardi dan Matias Vecino membenarkan Inter merampas kemenangan di San Siro.

Kumpulan C: PSG, Liverpool, Napoli dan Red Star Belgrade -- Liverpool mengejutkan PSG untuk meraih kemenangan 3-2 manakala Napoli gagal menggunakan peluang terbaik untuk mencipta kemenangan selepas sekadar seri tanpa jaringan.

Advertisement

Must Watch Video