Baki sembilan perlawanan yang tinggal perlu dimanfaatkan sepenuhnya empat pasukan yang kini menjadi calon paling ideal sebagai pasukan bakal tersingkir ke Liga Perdana.
Berdasarkan kedudukan terkini liga, terlalu jelas Pulau Pinang, Melaka, PKNS dan Sarawak akan bersaing sesama sendiri memandangkan jurang yang makin ketara dengan pasukan di tangga kelapan, t-Team melalui perbezaan lima mata.
Jadi bukan satu perkara yang luar daripada kebiasaan bila melihat keempat-empat pasukan ini menjadi antara pasukan paling sibuk menukar pemain import serta memasukkan beberapa pemain tempatan.
Melaka terutamanya membawa masuk lapan muka baharu seolah-olah mahu `salin kulit’ dalam kesebelasan utama selain berjaya mendapatkan bekas penyerang import Negeri Sembilan, Marko Simic.
Manakala PKNS melakukan penukaran tiga pemain import diketuai Fabio Ferreira, Park Kwang Lel dan Abdou Jammeh sementara Sarawak berjaya memikat penyerang Singapura, Sahil Suhaimi serta pemain yang berasal dari Montenegro, Milos Raickovic.
Pasukan yang tersadai di tangga tercorot, Pulau Pinang juga sibuk membawa masuk muka-muka baharu seperti Mark Hartmann, Brian McDonald dan Sanna Nyassi, membuat perubahan ketara di jentera serangan selepas pemain-pemain import sebelum ini beraksi di bahagian pertahanan.
Persoalannya, adakah perubahan pemain ini berbaloi atau sekadar satu keputusan untuk sedapkan hati penyokong selepas lalui detik pilu di pusingan pertama Liga Super.
Melihat perubahan yang berlaku serta beberapa keputusan perlawanan persahabatan dijadikan sandaran, Melaka mungkin layak dianggap lulus apabila menang semua ujian dilalui sepanjang bulan Ramadan lalu termasuk membelasah skuad Bawah 22 tahun negara, 5-1.
Biarpun soal keserasian menjadi tanda tanya peminat bola sepak Melaka kerana terlalu ramai pengambilan muka baharu serta kedatangan mereka tanpa pelantikan ketua jurulatih terlebih dahulu, Melaka setakat ini nampaknya kembali bernafas hadapi baki saingan Liga Super.
Pasukan paling membimbangkan ialah Sarawak, tanpa tiada banyak perubahan, kredibiliti pasukan ini harungi baki Liga Super nyata harus dipersoalkan ditambah tewas kepada Sabah dalam dua perlawanan persahabatan.
Dibelasah 6-1 oleh pasukan Piala Presiden Sabah walaupun Sarawak menurunkan barisan pelapis jelas sesuatu membimbangkan David Usop memandangkan liga bakal harungi jadual yang padat sepanjang Julai ini.
Pulau Pinang yang berada lima mata di belakang zon selamat, perlu bekerja keras dua kali ganda berbanding pasukan lain serta mengharapkan nasib jika mahu kekal di saingan Liga Super musim depan.
Cuma kehadiran dua pemain import mereka, Sanna Nyassi dan Brian McDonald menjadi satu persoalan kerana difahamkan mereka berdua pernah dihantui krisis kecederaan jangka panjang beberapa musim lalu sebelum menyertai Pulau Pinang.
Adakah rezeki akan sekali lagi berpihak kepada Pulau Pinang apabila disahkan selamat daripada tersingkir pada hari terakhir perlawanan Liga Super? Sukar untuk dipastikan pada kali ini.