Safawi Rasid. Nama yang semakin meniti di bibir rakyat Malaysia ketika ini. Malah, dia juga menjadi sebutan di Indonesia dan mungkin juga di beberapa negara Asia terutama Korea Selatan!
Ia susulan aksi cemerlangnya meledak dua gol untuk membantu skuad bawah 23 tahun negara menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam aksi kedua kumpulan E, Sukan Asia Indonesia, pada Jumaat.
Hebat anak muda dari Dungun, Kuala Terengganu berusia 21 tahun ini. Namun, siapa sangka dari sukan takraw ke bola sepak, Safawi berjaya menyinar dalam kariernya kini sehingga dilabel antara penyerang terbaik negara.
Menarik mengenai latar belakang pemain yang lebih gemar menggunakan kaki 'kidal' ini terlebih dahulu aktif dalam sukan sepak takraw berbanding bola sepak dengan mewakili negeri dalam kejohanan Majlis Sukan SekolahSekolah Malaysia MSSM sejak di peringkat sekolah rendah.
Namun, ketika di tingkatan 3, dia turut terpilih mewakili skuad bola sepak Terengganu dalam kejohanan MSSM menyebabkan Safawi melupakan takraw dan fokus terhadap bola sepak.
Jelas, pengorbanan anak kesembilan daripada 13 adik beradik itu berbaloi dengan pencapaian yang diraih bersama pasukan kelab Johor Darul Takzim dan skuad bawah 23 tahun negara.
Safawi juga sebenarnya terlebih dahulu dipanggil menyertai skuad senior daripada skuad muda negara iaitu bagi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Indonesia di Solo, pada 2016.
Itu juga kali pertama, penulis mengadakan sesi wawancara dengan Safawi yang muncul sebagai pemain paling muda dalam skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk Ong Kim Swee untuk pemilihan ke Piala Suzuki AFF 2016.
Meskipun gagal terpilih ke skuad akhir, penulis tetap berasakan masa depan pemain ini cerah berdasarkan bakat yang ada pada dirinya dan kini ia sudah terbukti.
Selepas membantu skuad muda negara meraih gelaran naib juara Sukan Sea Kuala Lumpur 2017, Safawi juga memastikan kemaraan pasukan ini ke suku akhir Kejohanan AFC Bawah 23 di China, Januari lalu.
Kini, dia bersama rakan-rakannya memahat sejarah bola sepak negara mengatasi Korea Selatan selaku juara Asia selepas kali terakhir Malaysia menang ke atas lawan itu di pentas Sukan Asia edisi 1974 di Tehran.
Turut mencuri perhatian penulis mengenai pemain berjersi nombor enam ini, jaringan yang dilakukannya ketika bertemu skuad Korea menerusi sepakan tonjol untuk kali kedua selepas aksi persahabatan menentang Emiriah Arab Bersatu UAE.
Jadi, dari takraw ke bola sepak, Safawi mungkin boleh digelar sebagai pakar 'libas' ke pakar 'tonjol'!