Ini yang paling tidak dikehendaki Cristiano Ronaldo – merelakan Lionel Messi membolot semua yang menjadi rebutan di antara kedua-duanya.
Barangkali ia belum sampai ke tahap itu tetapi penyingkiran Juventus dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), Rabu lalu, membuka laluan seluas-luasnya buat pesaingnya di Barcelona itu untuk dinobatkan pemenang Ballon d'Or dengan catatan rekod buat kali keenam.
Dengan Ronaldo menyambut hari jadinya yang ke-34 pada 5 Februari lalu sambil Messi pula akan menginjak usia 32 tahun, 24 Jun ini, masa semakin mencemburui mereka di samping tahap kecergasan dan kecederaan sentiasa menjadi ancaman utama.
Ia mungkin kelihatan aneh ketika ini tapi pernah ada waktunya anugerah Ballon d’Or dan UCL tidak berjalan seiring.
Namun, ia satu pertalian erat yang dinikmati Ronaldo, dengan empat daripada lima kejayaannya memenangi Ballon d’Or menyusul selepas menjulang trofi UCL.
Cuma tahun lalu, kapten Portugal itu dipintas oleh bekas rakan sepasukan di Real Madrid, Luka Modric, yang akhirnya memecahkan dominasi 10 tahun Messi-Ronaldo untuk anugerah itu sejak Kaka memenanginya pada 2008.
Kini, Ronaldo berdepan kekecewaan terbaru, dengan Juventus ditunjukkan pintu keluar oleh Ajax Amsterdam seawal peringkat suku akhir UCL – sesuatu yang tidak terbiasa dengannya sesudah menjulang trofi itu tiga tahun berturut-turut bersama Real Madrid sebelumnya.
Satu-satunya pemain yang kali terakhir meraih Ballon d'Or tanpa sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir UCL ialah Fabio Cannavaro pada 2006 – namun kejayaannya mengetuai Itali menjuarai Piala Dunia tahun berkenaan membuat kejayaannya diperakui.
Pada tahun sebelumnya pula, Ronaldinho mungkin bersandarkan kejayaan Brazil menjulang Piala Konfederasi di sebalik turut meniti di atas kejuaraan LaLiga bersama Barcelona – yang ketika itu tersingkir dalam pusingan 16 UCL.
Namun, andai disorot, kejuaraan berpasukan tidak selalunya menjamin kemenangan Ballon d'Or sehingga menimbulkan keributan apabila pemenang ‘treble’, Wesley Sneijder dan Franck Ribery, terlepas daripada pandangan pada 2010 dan 2013.
Bersandarkan perdebatan yang sama, impian Ronaldo menjadi pemain pertama memenangi Ballon d'Or enam kali, harus sudah berakhir.
“Sekalipun jika dia tidak menjuarai UCL bersama Barcelona, Messi sudahpun berhak terhadap Ballon d'Or,” kata bekas pemain Brazil dan Barcelona, Rivaldo, seperti dilaporkan www.goal.com, minggu ini.
“Messi tidak berhenti-henti menjaringkan gol, membuat bantuan jaringan dan mengekalkan kedudukan penjaring terbanyak LaLiga di samping apa yang telah dilakukannya dalam UCL setakat ini hendaklah diiktiraf,” katanya lagi.
Sehingga ke pusingan 16 UCL apabila kedua-duanya saling cabar-mencabar, Ronaldo menemui penghujungnya dalam suku akhir sambil Messi menyerlahkan kejaguhan untuk menyumbang dua gol lagi ketika mengirim pulang Manchester United.
Dengan Barca di ambang mengekalkan kejuaraan LaLiga dan kini dalam separuh akhir UCL, Messi akan memiliki sekurang-kurangnya dua perlawanan lagi menentang Liverpool untuk terus meninggalkan impaknya.
Dan buat kali pertama dalam empat musim, Ronaldo akan sekadar menjadi penonton – dan ia kesudahannya akan menjadi kekesalan terbesarnya.