“Dia sangat-sangat sedih dan kecewa, dia benar-benar teringin ke final,” cerita Dolores Aveiro mengenai anaknya, Cristiano Ronaldo.
Dikenali seorang yang sukar menerima kekalahan, penyingkiran dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Ajax, Rabu lalu, meninggalkan kesan yang jauh lebih mendalam pada bintang Juventus itu.
“Apa yang dikatakannya kepada saya? Ibu, saya tidak mampu mendatangkan keajaiban (tapi) saya akan berada dalam final berikutnya,” kata Dolores seperti dipetik Calciomercato, portal bola sepak terkenal Itali.
Sambung Ronaldo kepada ibunya: “Segala-galanya sedang berjalan baik dalam Liga Juara-Juara. Cuma kami ketiadaan sedikit tuah tapi tiada apa yang dapat kami lakukan mengenainya. Hidup ini hendaklah diteruskan.”

Ronaldo membuat jaringan dalam kedua-dua peringkat perlawanan suku akhir itu tapi kesudahannya masih sia-sia untuk merelakan Ajax – layak kali pertama ke separuh akhir dalam tempoh 22 tahun – seterusnya berdepan Tottenham Hotspur di peringkat empat terakhir.
Ia hanyalah kali kedua Ronaldo gagal mara hingga ke separuh akhir dalam tempoh 12 tahun – menyusuli kegagalan pertamanya ketika bersama Real Madrid pada 2010 apabila Los Blancos tewas dengan agregat 2-1 kepada Olympique Lyon.
Susulan kegagalan terbarunya Rabu lalu, laporan di Itali menggembar-gemburkan kapten Portugal itu tidak akan teragak-agak untuk angkat kaki selepas hanya semusim daripada kontrak empat tahunnya di Juventus andai kelab Serie A itu tidak melakukan apa-apa untuk memperkuatkan pasukan.
Di sebalik dia didatangkan untuk mengakhiri penantian 22 tahun The Old Lady menjulang trofi UCL, pengurus Juve, Massimiliano Allegri, sendiri turut mengakui Ronaldo tidak mampu memikul harapan itu bersendirian jika tidak mendapat bantuan secukupnya daripada rakan sepasukan.
Demi berlaku adil kepadanya, Ronaldo sudahpun menebus sebahagian yuran perpindahan €112 juta (RM520 juta) daripada Real Madrid musim panas lalu.
Tewas 0-2 dalam pertemuan pertama pusingan pusingan 16 di Atletico Madrid, dia menyumbat hatrik dalam pertemuan kedua untuk Juve mara ke suku akhir.
Dan di sebalik Ronaldo menjaringkan gol – jaringannya yang ke-126 dalam UCL -- dalam kedua-dua pertemuan dengan Ajax dalam suku akhir, Juve masih tewas 3-2 secara agregat.
Sehingga ini, dia tidak menyangkal sebarang kemungkinan untuk meninggalkan kota Turin kecuali dia diyakini Juve melakukan secukupnya untuk bersaing terhadap kejuaraan UCL musim depan – ketika Ronaldo akan menginjak usia 35 tahun.
Digembar-gemburkan juga juara Serie A itu sedang mengintai Samuel Umtiti daripada Barcelona dan bintang Liverpool, Mohamed Salah – Juve diura-ura menawarkan pertukaran dengan Paulo Dybala -- untuk memacu kebangkitan mereka.
Dalam pada itu, Ronaldo dikatakan masih terluka dengan komen Allegri yang seakan-akan membuat perbandingan bahawa Lionel Messi cukup bagus untuk memacu kejayaan Barcelona musim ini.
Terbaru, Allegri dipetik sebagai cuba meyakinkan ramai bahawa masa depan Ronaldo adalah bersama Juventus.
Tapi, dengan hatinya yang rajuk, tiada siapa yang boleh berasa pasti.
Nota kaki: Ronaldo hari ini mengesahkan akan "1,000 peratus" kekal di Juventus selepas membantu kelab itu meraih kejuaraan kelapan berturut-turut dalam Serie A. Dia turut melakar sejarah unik sebagai pemain pertama menjuarai tiga liga berbeza -- Serie A, LaLiga dan Liga Perdana Inggeris.