Kejar-mengejar… itu yang boleh kita perhatikan dalam saingan Liga Super 2016 di mana ketika ini Felda United FC telah menguasai tangga teratas.
Perubahan yang dilakukan oleh pengurusan Felda sudah mula menampakkan hasilnya tetapi apa yang lebih menarik ialah kejar-mengejar publisiti di kalangan penaja dan bakal penaja dalam Liga Super.
Dengan sambutan serta kemeriahannya yang ditonjolkan oleh pencinta-pencinta bola sepak negara, pastinya ia telah mengubah sedikit-sebanyak nasib sesebuah pasukan itu untuk mencari penaja dan mendapat tajaan.
Ahli-ahli korporat tempatan telah menunjukkan minat yang mendalam kerana mereka sudah mula melihat apa yang akan mereka raih sebagai pulangannya.
Di sinilah kebijaksanaan orang dalam persatuan diuji bagaimana mereka ingin merencanakan pelan pemasaran kepada penaja supaya kedua-dua pihak menerima imbuhannya.
Apakah minda-minda orang persatuan ini sedia dirombak kerana apa yang kita lihat ketika ini mereka kebanyakannya terlena.
Peluang sebegini perlu digunakan sebaik mungkin oleh setiap persatuan untuk mencari pendapatan bagi merancang masa depan bola sepak itu sendiri dan jangan membiarkan penaja berasa tertipu kerana setiap pelaburan yang dikeluarkan itu harus ada pulangannya.
Tetapi pengurusan persatuan perlu celik minda juga untuk memilih penaja yang memahami bola sepak, dan bukan membenarkan mereka memanipulasi permainan ini.
Oleh sebab itu, bola sepak memerlukan orang yang boleh berfikir untuk memajukan bola sepak dengan kreatifviti yang dimiliki supaya penaja tidak lari meninggalkan pasukan dalam keadaan terkapai-kapai.
Bukan sahaja memikirkan pendapatan tetapi juga perlu memikirkan pembangunan akar umbi dan juga pelaksanaan dalam perancangan dan pentadbiran.
Jadi , sudah tiba masanya semua orang persatuan melakukan anjakan minda demi kemajuan bola sepak negara kerana kita hanya ada segelintir sahaja golongan yang merombak minda mereka.