Apakah ada apa-apa yang baru tiap kali membincangkan topik ini? Pun begitu, ia tetap perlu terus diperdebatkan kerana kelab sebesar dan segah Manchester United tidak boleh dibiarkan luput ditelan zaman.
Hakikat ketika ini jelas – The Red Devils sedang mereput di hadapan kita semua dan ia adalah angkara kesalahan mereka di kelab itu sendiri.
Seorang penyumbang, Simon Fletcher, menulis dalam laman ccn.com bahawa United sedang melakukan ‘terjunan bebas’ sedangkan pemiliknya seolah-olah tidak ambil peduli dan keadaan ini hanya akan diperburukkan.
Mudah untuk menyalahkan kesemuanya kepada Ole Gunnar Solskjær. Namun, untuk berlaku adil kepadanya, masalah telah pun bermula lama sebelum beliau mengambil alih selaku pengurus sementara daripada Jose Mourinho pada Disember 2018.
Kekalahan terbaru 0-2 kepada Burnley di Old Trafford awal pagi tadi – yang kelapan daripada 24 perlawanan musim ini – adalah satu lagi contoh betapa buruknya keadaan kini, dengan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward, turut bertanggungjawab terhadap kemerosotan kelab itu di bawah pengawasannya.
Perubahan dan rombakan secara radikal diperlukan tetapi pemilik, keluarga Glazer, seolah-olah tidak ambil kisah selagi keuntungan masih boleh diraih.
Kebanyakan penyokong United gembira dengan pelantikan legenda kelab, Solskjaer – pengurus sementara yang kemudian disahkan dalam jawatannya -- yang menambat hati ramai dengan mengembalikan United ke landasan kemenangan pada permulaannya tetapi ia tidak dapat bertahan lama.
Masalahnya, Woodward, yang tidak sabar-sabar menawarkan jawatan itu kepada Solskjaer berbanding menunggu sehingga akhir musim 2018-19, bukan “orang bola sepak” dan tiada apa yang dilakukannya sepanjang memegang jawatan CEO kelab itu membawa apa-apa perubahan positif.

Benar, secara komersialnya, Man United masih bersemarak tapi semua perjanjian pemasaran yang telah dimeterai, akan lambat-laun turut terlerai apabila Harry MacGuire dan rakan-rakan yang diketuainya semakin ketinggalan – termasuk kepada lawan yang dianggap kerdil – di atas padang.
Ia adalah satu-satunya ruang di mana kejayaan sesebuah pasukan itu diukur tapi Woodward dan keluarga Glazer terus bersikap acuh tak acuh terhadap peri pentingnya perkara itu.
Solskjaer pula terus bercakap mengenai masa depan dan adanya gambaran lebih besar yang diutamakan pasukan sedangkan tiada sesiapa di luar yang dapat melihat hala tuju pasukan dan apakah perancangan besar pasukan.
Realitinya ialah Man United hanya memandang ke masa depan tanpa mahu mengambil iktibar daripada keadaan terkini mahupun tempoh porak-peranda sepanjang enam atau tujuh tahun lalu. Tidak mungkin ia boleh berubah dalam sesingkat masa.
Solskjaer terserlah kini sebagai pilihan yang silap untuk jawatan pengurus, dalam pada itu, tiada juga struktur yang kukuh di atasnya.
Aktiviti perpindahan pula diuruskan Woodward – yang suatu masa menanti sehingga tempoh klausa pelepasan Marouane Fellaini untuk luput dan kemudian terpaksa membayar tambahan £4 juta (RM21 juta) bagi mendapatkan pemain itu pada saat-saat akhir.
Keluarga Glazer mahupun Woodward tidak pun berasa malu terhadap keporak-perandaan yang disebabkan mereka dan kelab itu pula terus teraba-raba untuk ke hadapan asalkan aliran tunai dan pendapatan terus meningkat.
Kesudahannya United kini hanya dilihat sebagai kelab yang berhati besar dan bermimpi besar -- dan adakalanya bercakap besar juga!
Tentu sekali ini bukan cara Man United – di tangga kelima dengan berjurang enam mata daripada Chelsea di tangga keempat – di samping ia satu keaiban untuk melihat betapa merosot dan hambarnya mereka kini.