Skip to main content

Rencana

Rezeki tak pernah salah alamat

mas.jpg
Sebagai bekas atlet negara, penulis selalu mengimpikan untuk beraksi dalam temasya Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Olimpik namun impian itu tidak tercapai kerana hanya mampu menyertai skuad negara sebagai pelapis.

Bagaimanapun, pernah beraksi dalam kejohanan besar seperti ATP 250 ia tidak sama seperti temasya-temasya sukan ini kerana semangat mewakili negara itu berbeza.

Kini sebagai wartawan, penulis melihat semua atlet yang tiba secara berperingkat pada temasya Sukan SEA, Filipina bersedia untuk berjuang demi negara.

Walaupun tidak sertai Sukan SEA sebagai seorang atlet, penulis melihat setiap wakil daripada negara mempunyai semangat untuk buat Malaysia bangga dan juga datang dengan misi dan cabaran tersendiri.

Ramai tidak tahu cabaran untuk seorang wartawan juga tidak kurang hebatnya di mana, mereka perlu ke setiap venue pertandingan untuk membuat liputan setiap perlawanan supaya rakyat Malaysia mendapat berita terkini sepanjang temasya Sukan SEA berlangsung.

Bukan hanya satu sukan ya untuk kami laporkan setiap hari. Jelas sekali tiada erti rehat buat wartawan kerana setiap perlawanan bermula waktu berbeza dan mereka akan sedia awal pagi sehingga matahari terbenam.

Apa yang penulis ingin katakan setiap wakil negara dari sekretariat, atlet mahupun pengamal media mempunyai cabaran tersendiri untuk melaksanakan tanggunggjawab bagi menjayakan misi di temasya Sukan SEA.

Setiap daripada kita mempunyai satu impian, walaupun cara pertama tidak berkesan masih terdapat cara kedua dan ketiga untuk mencapai impian itu, rezeki ada dimana-mana sahaja.

Kredit foto: FAM

So Never Give Up Bruhh!!!

Advertisement

Must Watch Video