Sebulan lalu, seluruh warga Manchester yang menjadikan Old Trafford sebagai rumah kedua mula mempersoalkan kredibiliti Marcus Rashford yang menggalas tugas selaku penggempur utama Manchester United.
Berdasarkan petikan daripada Manchester Evening News, pada usia 21 tahun, dia telah menjaringkan 48 gol, menjulang tiga trofi utama serta menyarung jersi skuad kebangsaan England sebanyak 34 kali sehingga dihidangkan dengan gaji mencecah GBP250,000 (RM1.3 juta) seminggu jika semua kos diambil kira.
Kegagalan menyempurnakan deretan peluang terhidang tatkala United bergelut untuk menduduki kelompok 10 teratas Liga Perdana Inggeris membuatkan peminat mula mempersoalkan kelayakannya menyarung jersi nombor 10 yang pernah disarung legenda seperti Teddy Sheringham, Ruud van Nistelrooy serta Wayne Rooney.
Hujung minggu lalu, Rashford menghasilkan jaringan ke-50 buat kelab -- selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti -- ketika berdepan Norwich City tetapi jelas sekali ia jauh daripada cukup untuk memuaskan hati peminat The Red Devils seperti yang dilihat dalam laman Twitter.
Namun, gol yang diraikan di depan produk akademi United seperti Mason Greenwood, Brandon Williams dan James Garner itu mungkin mengingatkan semula peminat The Red Devils bahawa mereka masih mengamalkan dan berteraskan pemain muda dalam usaha untuk kembali ke lembah kemasyhuran.
Ternyata pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer, mahu membina semula pasukan berlandaskan produk kelab sendiri selepas empayar jangka pendek berteraskan barisan bintang di bawah bimbingan David Moyes, Louis Van Gaal dan Jose Mourinho menemui kegagalan atau mungkin disekat sebelum mencapai kejayaan.
Dalam aksi Liga Europa berdepan Partizan Belgrade, minggu lalu, Solskjaer meletakkan Garner, Williams serta satu lagi produk muda daripada akademi, Scott McTominay, dalam kesebelasan utama sebelum menamatkan penantian hampir lapan bulan untuk mencipta kemenangan di laman lawan.
United dan trofi mungkin bukan pasangan yang ideal dalam tempoh terdekat tetapi sekurang-kurangnya Solskjaer masih mampu meneruskan hasrat untuk memperbaiki pasukan dengan menurunkan purata usia.
Ketika United masih bergelut untuk meraih tahap konsisten dalam setiap perlawanan, Rashford boleh menjadi jawapan seandainya pemain muda dalam skuad mahukan satu contoh dalam usaha mencapai kematangan ketika beraksi seterusnya menjadikan impian Solskjaer satu realiti.
Rashford bukan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris, bukan penyerang muda terbaik dimiliki England dan bukan juga contoh paling tepat jika bercakap soal kejayaan.
Malah, jauh sekali daripada layak untuk memegang status produk terbaik yang dilahirkan akademi United jika dibandingkan dengan nama seperti Paul Scholes dan David Beckham.
Tetapi dia layak menjadi rujukan utama dalam pasukan buat kem muda United sekiranya produk daripada akademi The Red Devils mahu melihat sejauh mana impian sejak kecil mampu direalisasikan dalam dunia bola sepak sebenar.